Sahabat Sejati

Monday, 27 March 2017

Cuti sekolah kali ini

Sekejap sahaja rasanya. Seminggu cuti sekolah, semalam telah pun berakhir.

Semalam saya menghantar anak-anak balik ke asrama. Acik Adawiyah di SMKAA, kemudian along Ikhwan di stesen bas Rapid Kuantan untuk balik ke Kulliah Abu Bakar Pekan, menyambung kursus KIBA yang masih lagi berbaki. Manakala angah Irsalina, saya menghantarnya di PPTI Kemaman pada petang Sabtu. Negeri Terengganu dan beberapa negeri lain memulakan sesi persekolahannya pada hari Ahad. 

Apabila tiba cuti sekolah dan anak-anak pulang ke rumah, pastinya ia sesuatu yang amat menyeronokkan. Apabila semua berkumpul, bermulalah episod riuh-rendah dengan keletah dan cerita yang dibawa dari sekolah masing-masing. Ada sahaja cerita yang mahu disampaikan. Maka abi dan ummi pun menjadi pendengar yang setia. Sesekali kami mencelah dengan nada berlucu untuk menggamatkan suasana. 

Cuti sekolah baru-baru ini, saya mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak menziarahi saudara-mara terdekat. Terutamanya membawa along Ikhwan bertemu dengan mereka semua. Maklumlah, along Ikhwan akan berangkat ke Mesir pada awal Mei nanti (insya-Allah). Jadi, bolehlah mereka menitipkan serba sedikit nasihat serta mendoakan agar dipermudahkan semua urusan. Lagipun jangkamasa pengajiannya selama 4 tahun. Ah, bermacam-macam taqdir Ilahi boleh berlaku dalam tempoh tersebut. 

Semalam cuti sekolah telah berakhir, lalu tibalah masa untuk mereka kembali semula ke asrama, perasaan sayu mula mendatang. Terasa suasana kembali ‘sunyi’. Ya, benar-benar sunyi. Tinggallah kami melayani kehidupan, menunggu cuti sekolah kembali kunjung tiba. Abi pandang ummi, ummi padang abi. Abi senyum kepada ummi, ummi senyum kepada abi. ‘Si kecil Haikal yang istimewa’ pula berceloteh dengan suara yang tidak tentu butir perkataan. Menyatakan kesunyian juga barangkali.

3 comments:

Nor Azimah Ali said...

Entah kenapa, turut rasa kesayuan dan kesunyian itu. Kt umh ada si abg yg baru dpt result spm, tunggu panggilan yg mana dpt, tggl 3 org yg semuanya sudah bersekolah tapi tk ddk asrama lah, jadi tkdelah rasa sunyi sgt.
Tapi kesunyian itu pasti tiba, Lebih2 lagi bila mengenang kesunyian di alam kubur...

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz...
Anak akak lagilah dah jarang dpt berkumpul sebab cuti dh tak sama.Kalau mereka ada pun rumah spt biasa je sebab anak ramai yg pendiam.
Bab sunyi tu akak ni walaupun dah biasa tapi kadang terasa sayu bila menjelang malam apatah lagi Iman tidur awal...terbayang dulu di kelilingi anak2 tapi skg hanya ber3 je di rumah ....
Tahniah ustaz sekeluarga kerana along dapat ke Mesir.

paridah said...

Assalam...moga sht sjhtra ustaz sekeluarga...cuti sekolh sbntar saja...kini anak2 tinggalkn kita mymbung perskolhn mrk...mmg terasa sunyi nya.

Post a Comment