Sahabat Sejati

Thursday, 19 May 2016

Bicara santai: Along Ikhwan sudah balik Pekan

 Stesen bas Rapid Kuantan ~ sumber foto

Along Ikhwan sudah pun berada di dalam perut bas Rapid untuk balik ke asramanya di Pekan. Setelah lebih dua minggu bercuti, maka tibalah masa untuk menyambung kembali pengajian yang tergendala ekoran pembedahan kaki tempohari. Banyak subjek yang tertinggal yang perlu diulangkaji memandangkan peperiksaan akhir pada bulan November nanti. Insya-Allah, jika lulus sekurang-kurangnya pangkat ‘Jayyid’ bolehlah memohon untuk menyambung pengajian samada di Mesir, Jordan atau di Indonesia, ataupun di universiti tempatan dengan biaya biasiswa Yayasan Pahang.

Kalau nak pergi dengan belanja sendiri, alamat tak kesampaianlah jawabnya. Berapa banyak RM yang perlu disediakan. Zaman sekarang semua benda mahal. Itulah realitinya. Bak kata seorang kenalan, "Di Malaysia ni hanya air hujan sahaja yang turun, yang lain semuanya naik." Gelihati saya mendengarnya. Apa pun lupakanlah dulu yang itu. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan impian anak sulung saya itu untuk menjadi seorang pendakwah. Aminn...

Sebelum menghantar beliau naik bas, terlebih dahulu saya membawanya ke klinik DFU, HTAA untuk memenuhi temujanjinya. Ekoran itu terpaksa (tidak terpaksa pun sebenarnya) saya mengambil cuti setengah hari. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan pakar perubatan, kesan pembedahan tersebut telah sembuh sepenuhnya dan tidak memerlukan rawatan ulangan. Cuma antibiotik yang dibekalkan perlu dihabiskan.

Bas mula bergerak meninggalkan stesen menuju destinasi. Di rumah tinggallah saya dan ummu Ikhwan ditemani 'si kecil Haikal yang istimewa' yang sentiasa bising mulutnya tanpa butir bahasa. Insya-Allah, ahli syurga... 

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Insya-Allah anakanda Ikhwan boleh catch-up mana-mana yg tertinggal 2 minggu tu. Biasa bila duduk asrama mereka mudah catch-back sebab boleh lihat dari buku kawan-kawanyg sentiasa bersama.

Yg penting sudah sembuh betul. CUma Abu dan umi dgn adik ajelah rasa kehilangan seketika selepas 2 minggu bersama:)

saniahibrahim said...

Alhamdulillah,dah pun sembuh Along ya.Insyaallah dapatlah kawan2 nya menolong apa jua pelajaran yang tertinggal.Mudah2an tercapai apa yang dicita2kan.

paridah said...

Assalam..semoga ustaz sekeluarga sht sjhtera hendaknya...insyaAllah along Ikhwan pasti berjaya mencapai cita2nya.

Post a Comment