Alhamdulillahi bi as-Salam.
Seronok.
Anak-anak semuanya sudah balik dari asrama. Tengahari semalam ummu Ikhwan menjemput acik Adawiyah di sekolahnya. Along Ikhwan balik pula sendiri dengan menaiki bas, biasalah anak lelaki. Saya pun taklah rasa bimbang sangat. Lewat petang dia baru sampai kerana bertolak selepas sembahyang Jumaat dari bandar Pekan. Manakala angah Irsalina sehari lebih awal pada hari Khamis, kerana negeri Terengganu mula bercuti pada hari Jumaat.
'Layan anak-anak main dam'
Bila sudah berkumpul ramai-ramai, riuh rendah jadinya. Macam-macam cerita yang dibawa balik dari sekolah masing-masing. Si kecil Haikal pun sama naik dengan tutur bicara yang tidak tentu butirnya. Entahlah apa yang dibebelkan. Mungkin mahu menyatakan kegembiraan dengan kepulangan abang dan kakak-kakaknya.
Insya-Allah petang ini cadangnya mahu membawa keluarga bersantai-santai di Teluk Cempedak, itu pun jika cuaca mengizinkan. Empat lima hari ini hujan sentiasa bergenang di tempat saya. Teringat orang tua-tua dulu sebut: “hujan nak memegang raya cinalah tu.” Entahlah, betul atau tidak.
Tetapi bila hampir tiba raya cina kebiasaannya hujan, di tempat sayalah. Tempat lain saya tak tahu.
Jika pergi ke pantai Teluk Cempedak pun di sebelah petang, kerana hari ini saya ada dua jemputan kenduri kahwin. Musim cuti begini memang ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri. Kalau setakat dua boleh lagi nak pergi, tetapi jika lima enam tempat rasanya terpaksa memilih yang mana satu. Nak pergi semuanya, hmm.. tak larat.
Bercerita mengenai kenduri kahwin, saya teringat satu soalan yang pernah ditanya di dalam kuliah ustaz Azhar Idrus. Walaupun jawapan yang diberikan secara seloroh dan jenaka tetapi pengajarannya sangat berguna.
Soalan:
Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat PERKAHWINAN orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai,
dan sebagainya.
Ustaz Azhar Idrus menjawab:
Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:
* Bersanding - Yang salahnya apabila pengantin PEREMPUAN mendedahkan aurat, berpakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada make-up takut hilang bila wuduk, padahal TINGGAL SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA (mahram) sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.
* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam". Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.
* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin duduk makan bersama keluarga dan tetamu.
* Sirih junjung ini adalah adat agama HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIRIH.
* Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT ORANG HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.
* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.
* Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!
* Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG
* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan bersilat tapi KASI dia "flying kick" terus
* Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal.
Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH-LEBIH sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK.
Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya, lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.
* Adat batal air sembahyang
- Tahun 80-an cium tangan, 90-an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM, dah jadi macam orang KRISTIAN.
Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang.
* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut
- Ini dah ikut adat orang KRISTIAN. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.
*Tinggallah adat-adat yang BID'AH dan kembali kepada SUNNAH.
Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.
Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikut pun tak kisah cuma kita KENA INGAT, yang kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti adalah kita.
Ada satu lagi bagi yang bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU, maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS.
Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN. Marilah sama-sama minta bakal isteri memakai tudung yang ikut syariat.
Semoga mendapat kefahaman dan bermanfaat!
2 comments:
Assalaam...selamat bercuti bersama famili...mesti seronok sgt berkumpul dgn anak2 semua...musim cuti ramai yg berkenduri kendara dgn meneruskan adat lama yg sebaiknya ditinggalkan...tapi ramai yg tlh berilmu n menyedari kesilapan itu.
Selamat bercuti bersama anak-anak Abu.
Post a Comment