Sahabat Sejati

Tuesday 5 May 2015

Melepek bukan melepak


Saya benar-benar maksudkannya.

Kepenatan, 3 hari 2 malam melayani karenah adik-adik pelajar. Seramai 30 orang pelajar yang tidak mengenali di antara satu sama lain dikumpulkan bersama. Hasilnya, berbagai pe`el yang dapat dilihat. Pening juga kepala, tetapi tidaklah insiden yang serius melainkan semuanya dapat dihadapi dengan baik. Alhamdulillah.

Penat memang penat, tetapi penat itu satu perasaan dan perasaan itu akan hilang. Setelah ia hilang, maka yang tinggal adalah kebahagiaan dan kegembiraan kerana dapat memberi sesuatu. Betapa besarnya makna kehidupan apabila diri bukan lagi hidup untuk diri sendiri, tetapi turut mengajak orang lain untuk gembira, dan bahagia bersama. Tentunya apa yang diberi, itulah yang akan dimiliki. Memberi yang baik akan menghasilkan kebaikan, begitulah sebaliknya.

Rasulullah saw adalah contoh terbaik seorang insan yang menjadikan kehidupannya untuk membahagiakan orang lain. Lihatlah di dalam sirah bagaimana pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam untuk seluruh umat manusia. Tidak sedikit dugaan dan tentangan yang dihadapi oleh baginda demi untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada terang cahaya iman, yang memberi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Dengan pengorbanan tersebut, maka kita telah menikmati cahaya petunjuk di atas jalan agama Islam yang suci ini tanpa kesukaran dan kesulitan. Ibarat hidangan yang telah tersedia di hadapan mata, lalu kita cuma perlu menghulur tangan mencicip manis dan enaknya hidangan tersebut. Demikianlah, alangkah ruginya jika kita masih mencuaikan nikmat iman yang telah dikecapi ini.     

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipermudahkan untuk menyebarkan kebaikan, insya-Allah. 

5 comments:

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara..amin..insyallah...moga2 Allah tunjuk jalan yang benar...

:-)) senaman pagi perbuatan yang malas yan buat..

paridah said...

assalam...anak2 adalah aset berharga masa depan dunia, dekati n bimbingi mrk ke jln yg benar dgn ikhlas insyaAllah..terbela kebajikn pembimbingnya justeru penghargaan anak2 yg baik budipekerti..

Sham said...

Setuju sgt bahagian penat mmg penat,tp penat boleh ilang..tp kenagn yg bahagia n gembira tu bleh last forever kan...

saniahibrahim said...

assalam ,walaupun melepek tapi tentunya dapat kepuasan membimbing anak2 ini.

Saniah said...

salam.. tengok gambar di atas teringat masa anak menyertai kem Dr.azizan di melaka selama seminggu,, balik dengan keadaan lesu je,, tapi dia kata seronok dan nak pergi lagi kalau ada kem yang sebegitu,, bebudak ni memang tak mengenali satu sama lain tapi cepat menyesuaikan diri,,

Post a Comment