Sahabat Sejati

Monday 30 March 2015

Bait Kafeel بيت كفيل

Sambil-sambil godek youtube tadi, tersua dengan klip video ini. Rasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat kerana tertarik dengan kreativitinya.

Teringat semasa belajar bahasa arab ketika bergulat di zaman medan tempur menuntut ilmu dulu. Pada mulanya, terasa susah juga belajar bahasa arab ni. Sampai herot-herot mulut membetulkan sebutan kalimahnya. Itu belum termasuk menghafal qawa`id. Ada masanya semacam berputus asa untuk mempelajarinya. Kalau tidak dikuatkan semangat, memang terkulai layu di pertengahan jalan. Akan tetapi, setelah dapat memegang beberapa qae`dah, jadi seronok pula. 

Saya dulu belajar bahasa arab semata-mata apa yang ada di dalam buku yang menjadi silibus sahaja. Alat-alat bantu belajar sebagai sokongan tambahan tidak ada. Kalau ada pun amat sedikit. Tetapi zaman ini, mudahnya mahu belajar bahasa arab. Pusat-pusat tuisyen bahasa arab giat dibuka, buku-buku berkenaan asas bahasa arab serta bahasa arab komunikasi banyak ditulis. Malahan di internet pun boleh belajar. Banyak laman web, youtube yang berkaitan yang memberi panduan untuk berbahasa arab. Tinggal lagi, terpulang kepada empunya diri mahu ataupun tidak.

Klip video yang berdurasi lapan minit lebih ini sebenarnya berasal daripada sebuah lagu hindi tetapi diubah senikatanya. Klip ini berasal dari Saudi dan menggunakan bahasa arab fushah, tetapi ada ada juga beberapa patah arab `ammi. Walau bagaimanapun, yang tidak memahami bahasa arab baca sahaja terjemahannya di bawah... Hayya bil `arabiyyah!   

(sumber: Youtube The Khalliwalli show)

5 comments:

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara....ruginya tak dapat tengok video tu...coz line very slow...huhuhu

Kakzakie Purvit said...

Hihi... kakak boleh senyum sendirian pulak tengok video tu AI. Ala-ala hindustan lagu zaman kakak kecik-kecik dulu tu. Bila dilagukan dgn style arab ok pulak...

Anak kakak pandai berbahasa arab AI tapi kakak ana-ante aje tahulah. Antum-antuma adalah sikit lainnya hangus hihi...

paridah said...

ASSALAM...HEH..HEH.. OK JUGA DPT BELAJAR BAHASA CARA GINI..MUDAHNK HAFALNYA SAMBIL NYANYI2...ORG KITA NI GEMAR LAGU N NYANYIAN APA LAGI LAGU HNDSTAN..

Yaya Mohd said...

as'salam..

besh dgr org ckcp arab.jeles.tp ssh kan.kalau rajin stdy boleh la..huu laa ni bkerja kurng masa..sikit2 boleh la..perkataan yang senang2 tu..hehe
Hayya bil `arabiyyah..! =D

Unknown said...

I like this post... visit us->> Khasiat Jelly Gamat Gold G treating Disease Obat Rematik without side effects.

Post a Comment