Sahabat Sejati

Thursday, 5 February 2015

Taman Syurga: AMANAH


Assalamualaikum warahmatullah.

Ibnu Hatim ada menceritakan bahawa Mujahid berkata apabila Allah jadikan langit dan bumi lalu dibentangkan kepada mereka amanah. Namun, kedua-duanya menolak tawaran Allah itu. Akan, tetapi apabila dijadikan Nabi Adam as, amanah itu ditawarkan pula kepadanya.
Nabi Adam berkata: “Apa ini, ya Tuhan?”
Jawab Allah: “Ini jika kamu tunaikan dengan baik akan diganjarkan pahala, tetapi seandainya kamu cuai, kamu akan diazab”.
Kemudian Nabi Adam berkata: “Aku sanggup menanggungnya”. 

Allah SWT berfirman: 
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan." (al-Ahzab: 72)

Besarnya makhluk Allah yang bernama langit, bumi dan gunung. Matahari dan bumi berputar pada paksinya tanpa sedikit pun melencong ke arah lain. Begitu juga langit, gunung, lembah, bintang-bintang, awan dan angin yang semuanya menjalankan tugas dan peranan sesuai dengan sunnatullah.

Manusia pula yang tinggal di dalam alam ini kelihatan kecil dan kerdil berbanding makhluk Allah tersebut. Namun, manusia sanggup memikul amanah menjadi khalifah di bumi ini. Amanah yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi, dan gunung, namun mereka menolak untuk memikulnya dan khuatir tidak mampu menjalankan amanah tersebut.

Landskap kehidupan dalam masyarakat dan negara pasti sangat kondusif, penuh keberkatan, aman dan harmoni jika setiap manusia memiliki sifat amanah. Seandainya semua manusia baik pemimpin maupun rakyat biasa sedar dan insaf mengenai menjaga amanah Allah ini, sudah pasti tidak akan timbul sama sekali gejala salah laku moral seperti  rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”. (an-Nisa': 58)

Kepada semua yang berdekatan dan berkelapangan dijemput untuk mengikuti kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Suhaimi Md Saad  pada 05 Februari 2015. Kuliah maghrib ini akan diadakan di Surau Perumahan Balok Permai, Kuantan dengan tajuk yang sangat menarik iaitu 'AMANAH'.

Jom, semarakkan majlis ilmu!

4 comments:

paridah said...

assalam..subhanallah..sekiranya langit, gunung-gunung menerima amanah Allah itu tentu manusia x berketik menyentuh apapun n berbuat kezaliman kerana kejadian2 Allah itu pasti mnghukum mrk..heh..heh..agak2 saja..selamat mngikuti mjlis ilmu yg tlh ditetapkn itu...

Kakzakie Purvit said...

Sifat manusia yg ada ini di dunia ini adalah keturunan Habil yg membunuh Qabil. Kelalaian menjalankan tanggungjawab kena selalu diingatkan. Jika iman tak dibaja, ilmu tak dipupuk akan lebih teruk jadinya.. Mujurlah alam ni berputar atas qudrah dan irodah Allah, kalaulah manusia entah apalah jadinya sebab ada yg sibuk kata nak pagi selalu, ada yg nak petang selalu dan tak kurang nak malam selalu... pening dunia dibuat manusia.

Masjid tempat kakak malam tadi tazkirah berkaitan jin dan syaitan - best juga bila dihuraikan.

Siapa yg lapang hadirlah majlis ilmu. Tak rugi dunia dan akhirat..

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan...

Besarnya amanah yang diminta Allah kepada manusia sebagai penghuni bumi ini iaitu menjadi khalifah Allah yang akan memakmurkan bumi dan isinya. Namun apa yang berlaku manusia selalu merosak dan memusnahkan segala yang ada di bumi hanya kerana rakusnya menguasai dunia fana dan sifat angkuh yang saling ingin menguasai. Mudahan Allah melindungi kita dari bencana di sekeliling kita dan peganglah amanah untuk menjadikan bumi ini kembali makmur dan damai untuk di huni.

Terima kasih untuk semua bantuan terdahulu dalam urusan meringankan musibah mereka yang ditimpa bencana. Ternyata amanah yang diberi dapat dilakukan dengan baik. Mudahan AbuIkhwan dan sahabat sukarelawan yang lain akan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak

iryantyismail said...

terima kasih atas ingatan ni...:-))

Post a Comment