Sahabat Sejati

Wednesday 1 December 2010

Mari kita berfikir


Ahh, jam sudah pun menunjukkan pukul 2.15 pagi.

Sudah dinihari rupanya, patutlah sesekali ada kokokan ayam. Tapi mata belum mengantuk lagi, Nak buat apa ye? Ha! jom bersama saya kita berfikir sejenak, kita berfikir tentang sesuatu. Insya-Allah kita berfikir sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada kita. Penting sangat ke berfikir?

Sebenarnya Allah SWT yang menyuruh kita berfikir dan memerhati, begitu juga al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difikir dan direnung isi kandungannya.

Firman Allah SWT:

"Inilah kitab al-Quran yang Kami turunkan kepadamu penuh mengandungi keberkatan agar kamu memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berfikir dapat mengambil iktibar." (Surah Shod: 29).

Memerhati dan berfikir

Untuk berfikir tidak perlu kita menyendiri atau berkurung di ruangan yang sunyi, tidak perlu kita memencilkan diri dari orang ramai. Tidak perlu memegang kepala dengan kedua tapak tangan atau menelungkupkan muka pada kedua belah lutut. Apa yang penting keinginan kita untuk berfikir dan memerhati.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyebut tentang orang yang berfikir, merenung dan akhirnya memperolehi kebenaran. Dengan kebenaran yang diperolehi bertambah keimanan mereka dan menjadikan mereka semakin takut kepada Allah. Allah juga menceritakan orang yang tidak mahu berfikir dan hanya mengikuti golongan terdahulu membuta tuli, akhirnya mereka terbabas dari jalan yang benar. Betapa ruginya mereka.

Mari kita baca serba sedikit makna petikan ayat-ayat al-Quran ini dan memikirkannya. Mudah-mudahan dengan membacanya kita akan berasa tenang dan lebih mengerti tentang kehidupan kita ini. Sambil membaca kita hayati dan fikirkan maksud yang ingin disampaikan serta jadikannya panduan sepanjang kehidupan.

Allah SWT berfirman:

Katakanlah! "Kepunyaan siapakah bumi ini dan isinya, kalau kamu mengetahui?"

Mereka akan menjawab, Kepunyaan Allah." Katakanlah , "Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

Katakanlah! "Siapakah Tuhan langit yang tujuh (lapis) dan Tuhan `Arsy yang besar?"

Mereka akan menjawab, "Semua itu kepunyaan Allah." Katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (mematuhi-Nya)?"

Katakanlah! "Ditangan siapakah terletak kekuasaan di atas segala sesuatu? Dia melindungi dan tidak dilindungi, jika kamu mengerti."

Mereka akan menjawab, "Semua kepunyaan Allah." Katakanlah, "Kalau demikian halnya, mengapa sampai kamu tertipu?"

Tetapi Kami telah memberikan kebenaran kepada mereka. Dan sesungguhnya merekalah orang-orang yang berdusta." (Surah al-Mukminuun: 84 - 90).

Ya, mengapa sampai kamu tertipu sedangkan sudah jelas keterangan yang diberi. Kerana kamu tidak mahu berfikir, kamu tidak mahu merenung. Lalu kamu termasuk orang-orang yang lalai dan orang-orang yang berdusta.

"Sesungguhnya kamu lalai (dahulu dari memikirkan) hal ini, lalu Kami bukakan tutup (mata) kamu, maka penglihatan mata kamu hari ini amat tajam." (Surah Qaf: 22).

Mahukah anda berfikir bersama saya...

5 comments:

Mus Takim said...

berfikir mnjadikan minda kita cergas....

Hanis Azla said...

berfikir dan memerhati kadang kala memberi keinsafan buat diri ini.. Nice post...

abuikhwan said...

Benar, mari kita berfikir dan merenungi kebesaran Allah SWT agar kehidupan ini lebih bermakna.

||aLeaSaRa|| said...

salam abu ikhwan...indahnya nama seindah anugerah yang Allah berikan.Berfikir..mana boleh satu hari manusia tak berfikir...macam juga dengan dunia blogger."If I don't write to empty my mind....I go mad".Apa kaitan menulis dan berfikir?"Trust urself.Act 4 urself.Speak 4 urself.Think 4 urself.Be urself"

abuikhwan said...

Elhamdulillah, ingatan yang mencetuskan rasa mahu berfikir...

Post a Comment