Sahabat Sejati

Saturday, 21 January 2017

Celoteh hari ini..

'foto hiasan: Mesyuarat YAMCPahang'

Hampir seminggu saya tidak 'mengetuk pintu' pondok abuikhwan ini. Dalam masa yang sama, tidak sempat pula menziarahi blog milik sahabat-sahabat. Sudah tentu banyak coretan menarik sahabat-sahabat yang saya terlepas 'menikmatinya'. Serius saya ungkapkan, tidak dapat mengunjungi blog milik sahabat-sahabat juga termasuk di antara sesuatu yang meresahkan hati saya. Pastinya saya tidak mahu ia berlarutan begitu, kerana mahu meletakkan diri di satu penjuru iaitu seseorang yang sentiasa menghargai coretan sahabat-sahabat dengan membacanya.    

Sungguh, minggu ini saya menjalani kehidupan yang agak sibuk. Bermacam-macam program dan aktiviti yang begitu memadatkan masa, juga beberapa perkara peribadi yang melibatkan ahli keluarga terutama si kecil Haikal. Temujanjinya di HTAA, menyelesaikan urusan di JKM serta urusan di JPN. Semuanya perlu diselesaikan dalam minggu yang sama. Bukan sahaja masa yang seumpama mencemburui, malah serasa tidak cukup kaki dan tangan terkejar-kejar ke sana sini.   

Teringat, antara hasrat di tahun 2017, mengimpikan untuk menitip coretan di pondok abuikhwan ini sekurang-kurangnya satu entri sehari. Tetapi realitinya, ia tidak berlaku begitu. Demikianlah apa jua perancangan kita hanyalah satu perancangan. Manakala perancangan Allah itulah sebenar-benarnya perancangan dan menjadi taqdir milik mutlak-Nya.

Masa dirasakan pantas bergulir, biarpun hakikatnya tetap sama dulu dan kini, 24 jam sehari semalam. Tidak lebih tidak kurang. Tetapi bagaikan tidak begitu. Daripada pagi membawa ke tengahari, kemudian petang membawa ke malam, sekejap-sekejap sahaja rasanya. Demikianlah, setelah berlalu sehari dalam hidup, maka telah luput sehari daripada usia yang tersisa. Allahu al-Musta`an... 

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga zaman akan semakin saling dekat, maka setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sesaat dan sesaat (sejam) seperti terbakarnya sumbu lampu." (Daripada Anas pada riwayat Tirmidzi dan daripada Abu Hurairah pada riwayat Ahmad)

3 comments:

Normala Saad said...

Salam Abu, ya masa begitu pantas berlalu. Sama seperti kakak, berusaha juga membaca blog kawan2 walaupun selalu kesuntukan dengan kerja rumah & berkebun juga jaga cucu. Kalau tak baca dah rasa tak seronok hati ni...

Nor Azimah said...

Assalam ustaz, semoga sihat hendaknya.
Biasalah tu, kita tkleh lari dari kesibukan, ada je kerja yg perlu diselesaikan.
Bila lapang bolehla jenguk rumah kengkawan.

Kakzakie Purvit said...

Itulah realitinya AI. Sehari berlalu terlalu pantas bahkan setahun terasa amat capat berlalu. Itulah juga salah satu tanda yg kita semakin menghampiri kiamat. Apa yg penting kesibukan biarlah seperti AI itu dipenuhi dgn tanggungjawab yg perlu digalas bukan mempersiakan masa berlalu begitu saja.

Anakanda Haikal itu terlalu istimewa kurniaan dari Allah diberikan buat AI sekeluarga.

Post a Comment