"Tinggal 9, satu sudah dimakan.."
Rasanya, umur saya inilah kali pertama saya menikmati telur pindang. Seingat saya begitulah. Yalah, mana nak cari telur pindang di bumi Kuantan ni. Kalau ada pun mungkin tidak ‘nak berapa’asli lagi resepinya. Mungkin ada satu atau dua bahannya yang kurang, saya agak sahaja.
Setelah menikmati sebiji telur pindang, sedapnya juga, ujar saya kepada ummu Ikhwan. Kena pula dengan selera orang tua ini. Ada rasa-rasa herba gitu. “Ummi, kupas sebiji lagi”, pinta saya. Ummu Ikhwan cuma tersenyum sambil mengupas sebiji lagi. Dan ia juga menjadi habuan tembolok saya.
Di mana saya mendapat telur pindang ini? Kata tadi di Kuantan bukan senang mahu mencarinya. Oh, sebenarnya, seorang kenalan ummu Ikhwan yang memberi kepada kami. Beliau yang berasal dari Johor, pulang ke sana ketika cuti sekolah yang lalu.
Pagi tadi (Isnin) 10 biji telur pindang di dalam bungkusan plastik diserahkan kepada kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Seperti saya katakan tadi, bukan senang mahu mencari telur pindang di bumi Kuantan ini. Mungkin ada tetapi saya yang tidak ketemu, entahlah.
Pagi tadi (Isnin) 10 biji telur pindang di dalam bungkusan plastik diserahkan kepada kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Seperti saya katakan tadi, bukan senang mahu mencari telur pindang di bumi Kuantan ini. Mungkin ada tetapi saya yang tidak ketemu, entahlah.
“Buat sendiri ni!” Katanya seraya menyerahkan bungkusan plastik yang berisi telur pindang kepada ummu Ikhwan.
Kalau begitu, telur pindang ini dimasak sendiri oleh orang Johor di negeri Johor. Tentu resepi yang asli dengan ramuan yang secukupnya. Agak sayalah.
Saya menggodek-godek di dalam internet melalui ‘syeikh google’ untuk mengambil cakna serba sedikit mengenai telur pindang ini. Pertama, ia adalah masakan warisan negeri Johor. Direbus dengan campuran daun-daun tertentu, rempah-ratus dan herba. Lazimnya disediakan di dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebagainya.
Melihat kepada cara penyediaannya, ternyata cukup rumit. Disebutkan jika dibuat dalam kuantiti yang banyak, mengambil masa selama tiga hari untuk merebusnya. Calang-calang orang, tidak sanggup membuatnya.
Alhamdulillah, mujur ada sahabat yang sudi menghantar kepada kami. Jadi, tidak perlulah kami cuba-cuba membuat sendiri jika ingin memakannya (memang tak akan buat). Hmm, nak tunggu buat sendiri ‘kempunanlah' nampaknya!
4 comments:
Assalamualaikum ustaz
Alhamdulillah dapat juga ustaz merasa telor pindang made from Johor.Betul ustaz memang remeh nak buatnya sebab tu dah makin jarang orang kat sini buat apatah lagi orang2 muda ni.Satu waktu dulu jiran akak selalu buat untuk majlis satu periuk besar,masak gunakan kayu api....dgn api yg kecil...3hari 3 mlm baru angkat.Antara yang dimasukkan dalam telur pindang yang direbus tu ,kulit bawang,daun jambu batu ,daun senududuk dan macam2 lagi ....leceh kan buatnya.
Salam Abu, kak pernah makan telur pindang ni tapi chinese style dimana direbus dengar herba2 dan akar kayu yang terpilih. Memang bau herbanya harum semerbak. Telur pindang melayu style belum pernah merasa lagi.Rasanya mungkin agak sama kut ya..
Bunda dengar cerita jer...belom pernah merasa makan lagi telur pindang ni... nak kena pergi Johor lah.
Post a Comment