3 atau 4 hari tidak menjelajah ke blog sahabat-sahabat. Malahan dalam tempoh itu juga, pondok kecil abuikhwan juga tidak saya dikunjungi untuk mencoret apa-apa kisah. Sibuk? Mahu kata sibuk, tidaklah sangat, tetapi mahu dikatakan tidak sibuk, serasa sibuknya sehingga terkejar-kejar masa.
Sebenarnya saya dan beberapa orang sahabat terlibat dalam kerja-kerja mengumpul barangan yang akan dihantar kepada pelarian Rohingya dalam misi Frotilla4Rakhine. Ya, saya telah menulis mengenainya tempohari (baca sini). Maka berbekalkan semangat yang meruap-ruap, bergeraklah kami dari satu lokasi ke satu lokasi pengumpulan. Memuatkan sumbangan orang ramai ke atas lori yang disewa khas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Jika ada pun masalah, cuma yang remeh-remeh sedikit, tetapi masih di dalam kawalan yang dapat diatasi dengan sebaiknya. Semua itu adalah dengan keizinan-Nya.
Barangan yang dikumpul akan dibawa ke pusat pengumpulan utama di Kampung Delek Kelang, yang dibuka 24 jam sehari. Di sana para petugas akan mengasing barangan mengikut kategori. Tidak dapat saya bayangkan betapa sibuknya petugas di sana 'melayani' barangan sumbangan yang didatangkan dari seluruh semenanjung Malaysia. Kami yang 'bermesra-mesra' dengan sumbangan dari seluruh Pahang pun, tidak terkata penat dan sibuknya. Apatah lagi mereka, entahlah berapa kali ganda pula sibuk dan penatnya.
Biasanya yang lebih kerja sedikit apabila menangani pakaian terpakai. Kerap-kali terjadi si pemberi (bukan semua) tidak mengikut syarat-syarat berkaitan pakaian terpakai yang telah ditetapkan. Ada yang tidak diisikan label, ada pakaian yang amat uzur yang tidak sepatutnya didermakan, dan bermacam-macam lagi. Akhirnya terpaksalah para petugas 'melembang' semula bungkusan bagi memastikan 'pakaian yang sepatutnya' diterima oleh si penerima.
Tetapi tidak semua yang berbuat demikian. Ada yang juga bagus-bagus dan amat menyenangkan. Saya pernah menerima 6 kotak pakaian terpakai daripada seorang rakan blogger dari Sarikei, Sarawak. Tercetus hasratnya untuk memberi kepada mangsa banjir di pantai timur yang ketika itu terjejas dengan teruk, setelah membaca kisah yang saya nukilkan di dalam pondok abuikhwan ini. Dengan pakaian yang dibungkus dengan baik di dalam kotak, serta label yang jelas dan terang, tentunya saya amat memuji kesungguhan dan ketelitiannya, yang memudahkan kerja-kerja para petugas.
Apa pun, semua itu adalah asam garam yang sentiasa menambah pengalaman dalam kerja-kerja misi kemanusiaan. (bukan merungut ya, sekadar bercerita pengalaman). Moga Allah SWT memudahkan kerja-kerja yang dilakukan dan membalasnya dengan ganjaran yang sebaiknya. Amiinn.
Insya-Allah, dari Delek akan dihantar pula ke West Port untuk proses naik ke kapal. Dijangka pelayaran ke sana mengambil masa selama 6 hari. Dengarnya, kerajaan Myanmar tidak akan membenarkan sukarelawan yang membawa bantuan ini masuk ke sempadannya. Bahkan menyifatkan bantuan kepada kem pelarian Rohingya ini adalah satu penghinaan kepada kerajaan Myanmar. Ah, begitu pula. Tak apalah, mereka merancang, Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Marilah kita berdoa agar Allah SWT memberikan keselamatan kepada para sukarelawan yang akan ke sana dan dipermudahkan urusan yang dilakukan. Amiinn.
Sedikit perkongsian foto:

Allahu al-Musta`an!
4 comments:
Bukan saja diabaikan setelah tahu umat Islam ditorture. Ini org luar nak bagi bantuan dihalang. Dah samalah mereka ini dgn Israel tu. Kita sebagai saudara mereka mestilah marah.
Semoga misi dpt disasarkan apa yg dituju.
Allah saja membalas kebaikan bantuan2 ni
Assalamualaikum ustaz..
Semoga urusan ustaz bersama teman2 dipermudahkan .
Akak dapat bayangkan betapa penat dan sibuknya ustaz mengolahkan barang2 derma tu apatah nk kena asing2 lagi.
Assalam moga ustaz sht sjhtra sekeluarga...diharapkan hasrat memberi bantuan ke Rakhine bersama flotilla Allah permudahkan
Post a Comment