Sahabat Sejati

Monday, 24 November 2025

InsyaAllah, tahun ketiga jadi "Geng Sedut Darah'

Medal gangsa 'ADIWIRA PAHANG' daripada HTAA untuk penderma darah kali ke 48. Sahabat saya punya, bukan saya

“HTAA dah bagi tarikh kosong untuk derma darah Ramadan nanti..”
ujar seorang sahabat saya, pagi tadi. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Unit Tabung Darah HTAA menghantar senarai tarikh kosong kepada kami untuk ditawarkan kepada masjid-masjid yang berminat menjadi tuan rumah. Bagi Ramadan tahun 2026 nanti, ada 10 tarikh semuanya, cukup untuk kami susun satu perjalanan kecil sepanjang Ramadan nanti. 

2025 - Di MTBZ

Ramadan yang bakal tiba ini menandakan masuk tahun ketiga kami di Yayasan Amal Malaysia berkolaborasi dengan HTAA dan masjid-masjid sekitar Kuantan dalam kempen derma darah Ramadan. Dan ya.. ini juga tahun ketiga saya officially menyertai Geng “Sedut Darah”, nama manja kami bagi memudahkan cerita. 

Selalunya, bukan sahaja masjid di sekitar Kuantan yang berminat. Ada juga satu dua masjid dari daerah lain yang akan menghantar permohonan untuk turut serta menjadi tuan rumah. Bila semangat rakyat Malaysia untuk beramal bertemu dengan Ramadan, memang cepat saja jadual penuh. 

2025 - Di MTAA

Kempen Derma Darah Ramadan ini salah satu ikhtiar kecil kami membantu pihak Unit Tabung Darah HTAA menampung bekalan darah yang sering kritikal, terutama bila tiba musim perayaan. Ramai yang bercuti, banyak kes kecemasan, dan keperluan darah meningkat. 

Jadi, apa yang kami buat ini mungkin nampak sederhana.. tapi besar maknanya untuk mereka yang memerlukan. 

2025 - Di MSAS

Setiap Ramadan, selain ibadah dan amal peribadi, kami harap usaha kecil ini menjadi sebab lebih ramai orang dapat diselamatkan. Semoga tahun ketiga ini lebih lancar, lebih meriah, dan lebih banyak pahala yang mengalir untuk semua yang terlibat.

** Kempen derma darah ini diadakan pada sebelah malam. Tahun lalu 8 buah masjid di daerah Kuantan dan 1 di Temerloh.  

15 comments:

Puan Hazel said...

Tahniah Ustaz!
Kalau berpuasa boleh derma darah ye? Sbb ada org pitam kan lepas derma darah...

abuikhwan said...

yang ni derma darah malam

uncle gedek said...

Inilah superhero sebenar!

Etuza said...

Janji Allah itu pasti..syukur atas semua anda penyelamat..membantu ramai orang perlukan darah

Kakmim said...

Alhamdulillah.. selagi mampu berbakti kepada manusia lain, ni pun dikira amal jariah jugak kan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Macam seram namanya geng sedut darah, hihi. Tapi, geng sedut darah ni la yg banyak berjasa kepada masyarakat. Tahniah!!! GSD.

norhidana said...

Tahniah ustaz, untuk kempen derma darah yg sgt bermanfaat ini

paridah said...

assalam ustaz moga tiasa afiat dpt derma darah n pelbagai misi kebajikan n dakwah tahniah ustaz besar budinya

DinoHauz said...

Alhamdulillah bermanfaat betul aktiviti yang oleh masjid-masjid dengan kerjasama HTAA. Mula-mula baca tajuk ingatkan nak jadi vampire ke bekam guna lintah ke😅

Aphizha said...

Alhamdulillah..lagi mudah penderma nak derma darah. Kalau disini, kami derma darah malam di hospital je terus sebab ada buka waktu malam sepanjang Ramadan.

dear anies said...

hebatttt💪💪💪
last week sy nmpk kat pasar raya.. rs nya staf HKL kot... buat kempen derma darah juga.. hujung2 thn ni bekalan darah amat diperlukan lbh2 lg kat kawasan yg dinaiki banjir

abuikhwan said...

tu lah, nak letak nama 'geng vampire pahang' kan ..bimbang kena ban je hihi

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waah baguuus sangat . Memang sangat dianjurkan derma darah ini kan. 👍👍. Seandainya memungkinkan saya pun nak. Tp terhalang sebab sesuatu

Mama Zharfan said...

Alhamdulillah. barakallah fiik

Suria Amanda said...

Tahniah..dari darah anda mampu menyelamatkan banyak nyawa...SA x leh derma darah sebab platelet x cantik...bahaya untuk diri SA juga..