![]() |
| Medal gangsa 'ADIWIRA PAHANG' daripada HTAA untuk penderma darah kali ke 48. Sahabat saya punya, bukan saya |
“HTAA dah bagi tarikh kosong untuk derma darah Ramadan nanti..” ujar seorang sahabat saya, pagi tadi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Unit Tabung Darah HTAA menghantar senarai tarikh kosong kepada kami untuk ditawarkan kepada masjid-masjid yang berminat menjadi tuan rumah. Bagi Ramadan tahun 2026 nanti, ada 10 tarikh semuanya, cukup untuk kami susun satu perjalanan kecil sepanjang Ramadan nanti.
![]() |
| 2025 - Di MTBZ |
Selalunya, bukan sahaja masjid di sekitar Kuantan yang berminat. Ada juga satu dua masjid dari daerah lain yang akan menghantar permohonan untuk turut serta menjadi tuan rumah. Bila semangat rakyat Malaysia untuk beramal bertemu dengan Ramadan, memang cepat saja jadual penuh.
![]() |
| 2025 - Di MTAA |
Jadi, apa yang kami buat ini mungkin nampak sederhana.. tapi besar maknanya untuk mereka yang memerlukan.
![]() |
| 2025 - Di MSAS |
Setiap Ramadan, selain ibadah dan amal peribadi, kami harap usaha kecil ini menjadi sebab lebih ramai orang dapat diselamatkan. Semoga tahun ketiga ini lebih lancar, lebih meriah, dan lebih banyak pahala yang mengalir untuk semua yang terlibat.
** Kempen derma darah ini diadakan pada sebelah malam. Tahun lalu 8 buah masjid di daerah Kuantan dan 1 di Temerloh.




Tahniah Ustaz!
ReplyDeleteKalau berpuasa boleh derma darah ye? Sbb ada org pitam kan lepas derma darah...
yang ni derma darah malam
DeleteInilah superhero sebenar!
ReplyDeleteJanji Allah itu pasti..syukur atas semua anda penyelamat..membantu ramai orang perlukan darah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selagi mampu berbakti kepada manusia lain, ni pun dikira amal jariah jugak kan
ReplyDeleteMacam seram namanya geng sedut darah, hihi. Tapi, geng sedut darah ni la yg banyak berjasa kepada masyarakat. Tahniah!!! GSD.
ReplyDeletetu lah, nak letak nama 'geng vampire pahang' kan ..bimbang kena ban je hihi
DeleteTahniah ustaz, untuk kempen derma darah yg sgt bermanfaat ini
ReplyDeleteassalam ustaz moga tiasa afiat dpt derma darah n pelbagai misi kebajikan n dakwah tahniah ustaz besar budinya
ReplyDeleteAlhamdulillah bermanfaat betul aktiviti yang oleh masjid-masjid dengan kerjasama HTAA. Mula-mula baca tajuk ingatkan nak jadi vampire ke bekam guna lintah ke😅
ReplyDeleteAlhamdulillah..lagi mudah penderma nak derma darah. Kalau disini, kami derma darah malam di hospital je terus sebab ada buka waktu malam sepanjang Ramadan.
ReplyDeletehebatttt💪💪💪
ReplyDeletelast week sy nmpk kat pasar raya.. rs nya staf HKL kot... buat kempen derma darah juga.. hujung2 thn ni bekalan darah amat diperlukan lbh2 lg kat kawasan yg dinaiki banjir
Waah baguuus sangat . Memang sangat dianjurkan derma darah ini kan. 👍👍. Seandainya memungkinkan saya pun nak. Tp terhalang sebab sesuatu
ReplyDeleteAlhamdulillah. barakallah fiik
ReplyDeleteTahniah..dari darah anda mampu menyelamatkan banyak nyawa...SA x leh derma darah sebab platelet x cantik...bahaya untuk diri SA juga..
ReplyDelete