![]() |
| Terbitan 1985 |
Baru sahaja saya menutup halaman terakhir sebuah buku yang sangat dekat di hati "Jatuhnya Kubu di Jerampai", novel sejarah lama terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, cetakan pertama tahun 1985, tulisan Arman Sani.
Entah kali ke berapa saya membacanya. Puluhan kali mungkin. Setiap kali habis, saya tetap rasa seolah-olah baru pertama kali mengenali watak-wataknya.
Saya mula membaca buku ini sewaktu di perpustakaan sekolah rendah. Ketika itu, dunia saya tidak luas.. tapi buku-buku seperti inilah yang membuka pintu sejarah, membenarkan saya melangkah ke belantara Pahang abad ke-19 tanpa bergerak dari meja kayu di perpustakaan lama itu.
Kisah dua jejaka yang menjadi penganiayaan Inggeris, Seisi kampung diusir ke pedalaman, keluarga menderita. Pasukan Inggeris tidak henti-henti mengacau, membunuh rakyat dan memusnahkan harta benda. Kemarahan itu menyatukan mereka dengan Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Nama-nama besar yang membakar semangat tanah air.
Setiap halaman seperti membawa saya berjalan bersama mereka, merasakan debu, peluh, dan nyawa yang dipertaruhkan demi maruah bangsa.
![]() |
| Bab akhir |
Halaman terakhir (muka surat 123).. ah, sampai sekarang masih membuat saya hampir menitis air mata. Ada novel yang kita baca untuk hiburan, dan ada yang kita baca untuk mengenang. Yang ini.. jatuh dalam kategori kedua.
Di usia sekarang, saya mula kembali mencari buku-buku lama yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak dan remaja saya. Judul-judul yang pernah saya baca sambil duduk bersila di lantai koridor luar kelas, atau sambil tunggu loceng balik sekolah.
Tapi, mencari buku lama bukan kerja mudah. Nasib baik sekarang ada internet. Walaupun harga ada yang mencanak, biasalah barang koleksi, tetapi kadang-kadang jumpa juga penjual yang baik hati, dan harga pun jadi mesra poket.
Alhamdulillah, banyak juga buku lama yang sudah berjaya saya kumpulkan semula. Namun, masih banyak judul yang sedang saya buru. Doakan saya berjaya mengumpul semuanya ya.
Lepas ni.. buku mana pula yang akan saya baca? Tunggu dulu. Nanti saya kongsi.


17 comments:
assalam moga afiat tiasa mesti menarik novel sejarah...kak mmg suka baca buku ada unsur gini...teruslah cari buku2 lama n tulis ulasannya
Buku2 lama memang mahal harganya. Susah nak jumpa. Bagus masih membaca buku fizikal walaupun dah zaman internet ni. Orang sekarang dah malas membaca buku termasuk la diri sendiri. Hihi
Sy pun suka baca buku² lama... Ada jiwa dlm setiap tulisan dan penceritaan
Pergh…puluhan kali membaca buku yang sama. Betul-betul minat membaca.
Saya cuba baca sedikit isi buku yang dikongsikan tu, memang menarik!
Kalau ada ke Perlis boleh cari buku lama di Nat Pokok Getah. Saya pernah beli sebuah buku cetakan 1972 dengan harga RM20, jauh lebih murah berbanding beli di Shopee.
Dekat app Corousell pun ada orang jual buku lama. Saya pun pernah jual buku lama di rumah di Carousell. Tapi sekarang sudah habis dijual. Tak mahu tambah koleksi buku lagi. Jadi, saya pinjam saja buku perpustakaan.
karya sebegini kalau diadaptasi ke filem bagus juga...
Buku lama ni lain penulisannya berbanding sekarang.
Cara pengolahan dan gaya bercerita lain sangat..
insya Allah masih mencari buku-buku lama.. tapi nak tulis ulasan memang tak reti. sekadar tulis sikit-sikit pengalaman dengan buku tersebut boleh la..
ada yang mahal, ada juga rezeki dapat murah.. ada masa-masa saya pun malas nak membaca.. cuma kena lawan perasaan malas tu..hihi
insyaAllah, ada masa dan upaya saya akan sampai ke sana..mohon doakan..
Wowwww... dah boleh hafal tu.
Karya Arman Sani yang masih saya ingat Di Bawah Bendera Matahari je.
Tahniah, ustaz membuatkan saya cuba mendapatkan juga sejarah lalu saya zaman kanak-kanak, remaja,dewasa hingga sekarang..memberi idea..bahan sejarah ke blog ini..
Buku-buku yang dalam genre sejarah dan perjuangan nusa bangsa jarang tidak menyentuh hati dan buat mata berair. Saya masih cuba mencari dan membaca buku genre sebegini. Keep on sharing ustaz
Betul-betul minat baca buku ni. Puluhan kali baca bukan sekali dua. Mesti dah boleh hafal isi dalamnya.
Waaah saya sukaaa baca buku2 sastra begini. Zaman sekolah dulu, yang diwajibkan untuk students, karya sastra dari tahun 1920an. Penulis Amir Hamzah, Abdul Muis, Mochtar Lubis, marah Rusli, mereka penulis fav saya sampai sekarang.
Jadi teringin nak cari sastra Malaysia yg lama. Saya rutin beli novel Malaysia, tiap kali ke Penang atau KL. Tp belum ketemu sastra lama.
saya tak pernah baca novel ni...dh agak lama saya tak baca apa2 novel..last sekali may be last year (saya beli novel mistik tp kisah benar by the writer dan saya follow penulis tu kat his FB dan telegram)
Ada novel yg menyentuh realiti kehidupan dan selalunya pengakhirannya adalah tangisan SA...apabila khusyuk dengan perjalanan cerita seolah2 kita lalui semua dugaan...eh...lama x baca novel ni..
Post a Comment