Malam datang dengan tenangnya. Selepas seharian berbasikal pagi dan petang, badan terasa ringan, peluh yang keluar bagaikan mencuci segala lelah.
Kini saya duduk di beranda rumah. Angin malam menyapa perlahan, membawa bunyi cengkerik dan sesekali burung tukang bersahut.
Lampu jalan jauh kelihatan suram. Suasana hening, hanya ditemani bunyi alam. Dalam hati terasa syukur, kerana masih diberi kesihatan untuk bergerak, masih ada peluang menikmati kehidupan begini, sederhana tetapi cukup membahagiakan.
Malam ini saya pejam mata dengan rasa tenang, berharap esok pagi masih berpeluang kayuh lagi.

 
 
14 comments:
Syukur³.. semoga terus sejahtera dengan kesihatan yg baik anugerah dari Allah swt.
tahniah! Sy dah lama x mengayuh basikal. Letih sungguh bila balik kerja skrg..
Alhamdulillah 'alaa kulli haal
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Tuhan berikan.
Assalam afiat tiasa hendaknya alhamdulillah beriadah dgn basikal nikmat kesihatan
Joging dan lari lari anak..ada juga sini ustaz,,tapi tak segagah ustah kayuh basikal..memang uji fizikal sihat..
selagi ada kudrat, kayuh sampai penat... ;-)
Kepada Allah kita meminta, terima kasih segala yang Allah berikan..Hebatnya Allah yang satu..
sronok dpt kayuh basikal menikmati keindahan alam yg tenaNG
Alhamdulillah, amiin ya Rabb.. terima kasih atas doanya
tak gagah mana pun cikgu.. eksyen je lebih hehe
Alhamdulillah..
alhamdulillah syukur
insyaAllah, selagi ada daya dan upaya
Post a Comment