Sahabat Sejati

Monday, 27 October 2025

Makan aiskrim malam di Mixue

Setiap hari bila pulang dari kerja, saya akan melalui deretan kedai moden yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, Mixue, Momoyo, dan macam-macam lagi. Tak jauh pun dari rumah, berjalan kaki pun belum sempat berpeluh. 

Tapi entah kenapa, tak pernah lagi terlintas nak singgah. Mungkin sebab jiwa masih pekat dengan cara hidup generasi X — minum teh panas lebih nikmat daripada makan aiskrim malam-malam. 

Tunggu anak-anak pi order, belasah je apa yang diorang bawa mai ๐Ÿ˜†

Tapi malam ini lain ceritanya. Anak-anak bersungguh-sungguh mengajak saya dan Ummu Ikhwan ke Mixue. “Makan aiskrim malam-malam?” saya separuh bergurau. Terus teringat zaman kecil dulu, pantang arwah mak nampak kami makan aiskrim waktu malam, katanya “nanti batuk!” Nak makan, tunggu siang esok. 

Aiskrim dulu pun bukanlah sehebat sekarang; cuma ais batu dalam plastik panjang, berperisa sirap, oren, atau jagung, atau perisa bubur kacang. Orang kampung panggil “aiskrim Malaysia.” Tapi nikmatnya, aduh.. tak ada tandingan. 

Akhirnya malam ini saya dan Ummu Ikhwan akur juga dengan ajakan anak-anak. Lagipun, bukan selalu dapat duduk bersama sambil bergelak kecil, menikmati manisnya aiskrim dan lebih manis lagi, masa bersama keluarga. 

“Oh ya, kamu tolong order ya.. Abi dan Ummi ikut aje.” 

Di meja itu, sambil menyedut aiskrim perisa mangga lembut, saya sempat tersenyum sendiri. Zaman berubah, citarasa berubah, tapi kasih dalam keluarga tetap manis, tak pernah cair ditelan waktu.

Perisa mangga

17 comments:

Etuza said...

Alhamdulillah, terasa gembira membaca catatan Ustaz , makan aiskrim bersama anak2..anak sayang ustah dan zaujah ya..baik anak ustaz ni..mereka bagi saya yaki anak-anak adalah permata hati, anugerah hebat dariNya.Anak2 beriman bertaqwa dambaan kita..

Etuza said...

Bahagia sekali ustaz dan suri hati..Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah..

Etuza said...

Yakni,

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sesekali makan aiskrim malam² syok jugak nak nak pulak, cuaca malam² pun panas ni, tuan. Mak sy dulu² pun sama la, tak kasi makan ais krim malam². Aiskrim tu air batu Malaysia la, sama.. haha.

dear anies said...

makan aiskrim dan luangkan masa dgn family... sekali sekala kannn๐Ÿ˜€

Sueann said...

Dulu pantang macam2...sekarang pantang jumpa...

Tot said...

Sesekali takpa la, nak merasa, kan. Kalau hari-hari, boleh semput. Bagi saya, la. Huhu..

paridah said...

assalam ustaz afiat sokmo hendaknya....sedapnya makan aiskrim malam hari dgn fmili

nona sani said...

Saya pun suka makan Aiskrim Momoyo ni. Lebih nikmat bila masih dapat makan bersama sama keluarga tercinta..Alhamdulillah...

Ana Jingga said...

zaman kak ana kecil dahulu, memang makan aiskrim siang je Ustaz sebab rumah tak de peti sejuk, aiskrim ada di jual di kedai sahaja atau yang naik motor aiskrim ceduk tu sahaja .. laa nih nak makan aiskrim malam pun tak de hal dah ye, elok pula tak batuk anak-anak hehe :)

Puan Hazel said...

Sy tak pernah try aiskrim² ni, belum sampai seru hehe... Apapun aktiviti simple gini membekas di hati khususnya anak² bila diraikan keinginan mereka

Mama Zharfan said...

saya kdg2 ada juga rasa craving nak mkn aiskrim..ok jer layan tekak..benda2 comfort food ni boleh menceriakan emosi :)

abuikhwan said...

betul, jarang ada masa dengan family, tapi bila ada masa ..kita habiskan dengan kadar yang paling berkualiti

abuikhwan said...

betul tu.. kena beringat

abuikhwan said...

betul ..

abuikhwan said...

betul belasah je..

adnil linda said...

Anak² memang suka lah aiskrim mixue nie...puas hati katanya..