![]() |
'yuk kita senaman..' |
Setiap pagi adalah hadiah yang indah, udara masih segar, matahari baru menjenguk malu-malu di ufuk timur. Angin pagi yang lembut seakan berbisik, “syukur, engkau masih diberi peluang untuk hari baru.”
Di saat dunia masih perlahan, hati jadi tenang. Burung berkicau, daun-daun bergetar halus, semua seperti sedang bertasbih memuji Pencipta.
Nikmat pagi bukan sekadar cahaya mentari atau udara yang nyaman, tetapi rasa segar dalam jiwa, bahawa kita masih hidup, masih punya ruang untuk memperbaiki diri, masih ada kesempatan untuk melangkah ke arah kebaikan.
Setiap pagi adalah lembaran kosong, tinggal kita yang menulisnya dengan langkah, doa, dan usaha.
'Allahu al-musta`an..'
7 comments:
Semoga tertulis yang baik² buat kita semua untuk hari ini dan hari² yg seterusnya.
Alhamdulillah setiap hari juga nikmat untuk kita semua.. betul lembaran kosong dan kitalah yg tulis apa isi nya setiap..
Alahamdulillah...
assalam ustaz n isteri berbahagia menikmati pagi indah
Bahagianya ustaz dan suri hati..hirup udara segar, berriadah secara sihat, bawa lah suri hati makan di luar..pasti bertambah disayangi..
Segmen drop url di laman saya selama 4 hari, maka ada ruang masa rehat mancatat sesuatu tetapi BW masih lagi buat ni
Alhamdulillah
Sentisalah bersyukur
Post a Comment