Sahabat Sejati

Saturday, 27 September 2025

Senja di Beranda


Angin petang menyapa lembut, membawa bersama aroma kopi panas di atas meja kayu. Burung-burung mula kembali ke sarang, langit dilukis jingga keemasan. Di beranda, aku bersandar sambil memejam mata, menikmati damai yang jarang hadir di tengah sibuknya dunia. 

Kadang-kadang bahagia itu tidak perlu dicari jauh. Ia hadir pada detik ringkas secawan kopi, hembusan angin, dan hati yang memilih untuk tenang. 

Mataku terbuka perlahan, melihat cahaya senja semakin redup. Dari kejauhan kedengaran suara anak-anak kecil ketawa riang bermain kejar-kejaran. Suasana itu seolah membawa aku kembali ke masa silam, zaman kanak-kanak yang polos dan penuh warna. 

Di beranda ini, aku belajar satu perkara, bahawa hidup sebenarnya indah bila kita tahu menghargai yang sederhana. Tidak perlu kemewahan melimpah, cukup sekadar hati yang redha dan jiwa yang tahu bersyukur. 

Malam kian turun perlahan, lampu-lampu mula menyala satu persatu. Aku hirup sisa kopi yang hampir sejuk, lalu tersenyum sendiri. Dalam diam aku berbisik, inilah damai yang aku cari..

8 comments:

NA said...

Ya betul itu syukur apa yang ada, jangan dibanding dengan orang lain.

Puan Hazel said...

Bahagia itu letaknya pada hati :)

paridah said...

assalam ustaz moga afiat tiasa...nikmati bahagia seadanya..berada di beranda kenangan mengasyikan

Time Traveller said...

Bahagian dan ketenangan itu adalah satu nikmat... Semoga sentiasa diberi kesihatan dalam bahagia itu utk ustaz.. ☺️🤲🏻

dear anies said...

org panggil remang senja kan?

abuikhwan said...

betul, remang-remang senja

Mama Zharfan said...

enjoy the moment while it lasts

Suria Amanda said...

Selagi dapat menikmati senja..SA waktu senja atas jalan lagi