![]() |
| foto hiasan ~ sumber |
Kadang-kadang bila aku melalui jalan lama, atau singgah di tempat yang pernah aku jejaki dulu, seakan-akan mataku menangkap bayangan diriku sendiri.
Di hujung lorong itu, aku nampak seorang kanak-kanak berlari tanpa kasut, ketawa tanpa beban. Di bawah pohon besar, ada aku yang sedang duduk mengikat layang-layang dengan benang panjang.
Tempat-tempat itu tidak banyak berubah, cuma aku yang kini membawa usia. Namun dalam diam, ia seolah memeluk kembali kenangan, mengingatkan aku pada diri yang pernah sederhana, pernah gembira dengan sekadar angin, hujan, dan tanah merah.
Dan aku pun tersenyum sendiri.. kerana rupanya, aku tidak pernah benar-benar meninggalkan masa lalu itu.

3 comments:
Salam singah, masih segar dalam ingatan..sebenarnya hari2 itu adalah kenangan indah mendewasakan kita ustaz..sedar2 dah dewasa, dah lain minda, dah lain zaman dan kehidupan penuh cabaran..
Pola tidur berubah, awal tidur ..sambung tidur dah,.entry dah ke udara alhamdulillah, dengan izinNya juga ..
Masa lalu menjadi kenangan dalam hati buat selamanya
Post a Comment