![]() |
| 'Salam Jumaat' |
Pagi ini, di warung kecil yang masih berwap teh panas, ia muncul dengan langkah kecil dan mata yang bersinar-sinar. Tak semena-mena ia panjat kerusi sebelah aku, duduk sambil menjulurkan kepala. Matanya jernih.
“Terima kasih.. mujur aok sudi teman koi makan. Kalau tak, sunyi pulak.” Aku bersuara perlahan, tapi renungannya cukup untuk buat hati aku lembut.
Sesekali dia jeling aku menyuap nasi. “Aok lapar?” aku tanya.
Ia diam. Malu-malu, mungkin
“Tak apa.. nanti koi belanja aok ayam goreng. Tapi tak boleh makan sini.. nanti tuan kedai bising.”
Aku menunjuk bawah meja.
“Aok makan kat bawah.” Ia segera menurut.
Aku ketawa kecil. Begitulah kisah sarapan pagi ini, ditemani makhluk kecil yang polos, yang tak minta apa-apa.. cuma sedikit perhatian.
Dan dalam hati, aku bersyukur.
Kadang-kadang, teman sekecil itulah yang menghilangkan sunyi.

21 comments:
awat x belanja teh tarik secawan? hahaha
Alhamdulillah. Dlm rezeki kita ada terdapat rezeki utk makhluk Allah yg lain...
rasanya tak minum tea tarik.. kurang2 fresh orange hihi
Alhamdulillah rejeki dikongsi bersama
assalam ustaz alhamdulillah ustad sudi kongsi rezeki dgn koi moga ostad tiasa afiat...doa oyn
alaikum salam.. moga terangkat ke langit Ilahi doanya
Selain jadi peneman, ada juga benda2 kecil begini yang beri pengajaran besar buat kita.
Aok tu bahasa Sarawak ya?. Memang orang sarawak ke?
Dia tu malu-malu tapi mau... Malu-malu kucing kan? hehehehe
Malu² kucing la tu haha... Rezeki dia la tu jumpa Ustaz, dapat ayam goreng :)
loghat pahang
betul tu haha
Alhamdulillah..
cutenya si bulus! alhamdulillah ustaz berkongsi rezeki..barakallah fiik
Rezeki kamu si kucing dapat pulak ayam goyeng.
Siapa aok tu, rupanya yang nampak muka putih tu, duduk rendah sopan santun, aok tahu bila tetamu tu baik tak sombong dia hampiri lah mencuba nasib..
aok = awok/awak.. loghat pahang ni cikgu
rindu bahasa Pahang.. Bahasa Ulu Tembeling. Hehe..
Sopan santun betul peneman tu ye...
Kadang-kadang miaw ni terus letak 2 kaki atas kaki kita masa kita makan. Itu yang buat terkujat tu😅
Kadang kesian dengan kucing yang datang. Nak bagi risau juga kalau tuan kedai marah kotorkan lantai. Bila dia buat muka kesian tu lagilah kita serba salah.huhu...
Dalam rezeki kita menjamu selera terselit rezeki kucing sama...hehehe....
Post a Comment