Sahabat Sejati

Sunday, 30 November 2025

Sarapan Nostalgia di Bandaraya Lestari

 

Usai menghantar anak ke terminal bas untuk pulang ke UiTM, kami sekeluarga tidak terus balik. Hati terasa sayang hendak berpisah begitu sahaja dengan pagi yang masih muda. 

Jadi, kami ambil keputusan untuk berjalan-jalan seketika di bandaraya Kuantan. Perut pun kebetulan sudah mula berbunyi minta diisi. Tanpa banyak fikir, kami singgah di Restoran Selera Padang di hadapan Jalan Mahkota, sebuah tempat yang sudah lama saya suka. 

foto Google

foto Google

foto Google

Bukan sekadar kerana makanannya, tapi kerana vibe klasiknya yang mengundang kenangan. Ruang dalamannya dihiasi dengan barang-barang lama, radio kayu, pinggan lama, gambar hitam putih, seolah membawa kita pulang ke zaman dulu yang penuh sederhana. 

Pagi itu, saya dan si Haikal 'yang istimewa' memilih lempeng, manakala Ummu Ikhwan dan angah Irsalina  memilih lontong sebagai teman santapan. 

Harumnya lempeng panas yang baru diangkat dari kuali, lembut disuap dengan sambal tumis bilis, benar-benar menyentuh jiwa yang rindu suasana kampung. 

foto Google

foto Google

Sambil menikmati sarapan, saya termenung sejenak, betapa indahnya detik kecil seperti ini. Sekadar duduk bersama keluarga, berkongsi cerita dan tawa, di sebuah restoran klasik di tengah bandar yang perlahan-lahan sibuk dengan kehidupan. 

Kadang-kadang, kebahagiaan itu tidak perlu dicari jauh. Ia ada di depan mata, di dalam secawan minuman dan sepinggan lempeng di pagi yang damai.

13 comments:

Roziah @ Cie said...

Mengimbau nostalgia masa kecik di kampung dapat makan lempeng.

Puan Hazel said...

Klasik vibe, lawa dan mengenyangkan je dekorasinya. Sedapnya lempeng, lejen :)

Ujie Othman said...

Bahagia itu apabila kita ada masa berkualiti bersama insan yang kita sayang.

Lempeng...makanan ringkas yang sedap dan penuh nostalgia.

uncle gedek said...

Restoran macam ni juga di panggil restoran instagrammable...

dear anies said...

Sedapnyaaa lempenggg
fav sy tuuu

Kakmim said...

Klasik sangat vibenya tu... nice... bila dh semakin berusia kita semakin menghargai waktu mkn bersama keluarga kan??

Suria Amanda said...

Ni kat bandar kuantan ke? Mcm pernah masuk je...hahaha...malas plak nak cari balik entry...

Mama Zharfan said...

Klasik vibe tu..sesungguhnya setiap momen berbaki di dunia ini wajib kita syukuri

namakucella said...

Lempeng antara sajian yang boleh diterima generasi demi generasi

Aphizha said...

Best sangat makan di kedai yang penuh vibes klasik ni. Mengimbau nostagia sungguh kan. Sedapnya makan lempeng panas cicah sambal tu.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Setujuuuu. Bagi orang yg selalu bersyukur, bisa bersama dengan keluarga saja itu sudah buat bahagia.

Btw, saya sukaaaa layout ruangan kedai makan ini. Makin berusia, memang lah saya lebih suka yg bervibe klasik 😄

DinoHauz said...

Wahhhh lempeng....saya memang suka makanan tradisional macam ni. Klasik cafe nya. Menu pula menggamit kenangan masa kecil. Awesome

Etuza said...

Arus kehidupan iani berubah menigut zaman..namun bagi kita yang pernah ada masa lalu, kenangan lalu manis sekali dalam ingatan