Sahabat Sejati

Saturday, 29 November 2025

Rutin bila tiba musim tengkujuh


Setiap kali masuk penghujung tahun, ada satu rutin yang sudah sebati dalam hidup kami, membuka bilik operasi bantuan banjir di bawah Khidmat Malaysia peringkat parlimen. 

Saat ramai mula merancang cuti akhir tahun, kami pula mula merancang gerakerja. Menyusun pasukan, menyediakan logistik, memantau paras air, dan memastikan setiap relawan tahu peranan masing-masing. 

 Merekod data mangsa banjir yang berpindah

Bila laporan air mula naik di mana-mana lokasi, suasana terus berubah. Telefon tak berhenti berbunyi, laporan masuk bertubi-tubi, dan kami bersiap siaga. Di bilik operasi, masa benar-benar menjadi emas. 

Kami menerima maklumat dan merekod, serta membuat analisis pantas, bantuan apa yang perlu dihantar, ke mana, dan siapa yang paling kritikal. 

Para relawan turun ke lapangan apabila ada ada mangsa banjir yang memerlukan. Membantu kerja-kerja pemindahan, mengangkat barang dan sebagainya. 

Operasi Clean & Clear (C&C)

Manakala selepas air surut, waktu itu bermulalah operasi C&C (Clean & Clear), membantu mangsa yang kembali ke rumah, membersihkan lumpur, membuang barangan rosak, dan mengembalikan sedikit ketenangan dalam kekacauan. 

2024 - Dapur Rakyat di Terengganu

Pada masa sama, Dapur Rakyat akan dibuka. Asap mula mengepul, aroma masakan memenuhi ruang, dan pek demi pek makanan panas dihantar ke kepada relawan yang membersihkan rumah serta mangsa yang masih terkesan. 

Setiap tahun, rutin ini mengajar kami satu perkara: Kemanusiaan tidak pernah letih, selagi kita tidak berhenti berbuat baik. 

Dan di tengah hiruk-pikuk banjir, kami belajar bahawa tangan yang membantu sering lebih kuat dari air yang menghanyutkan. 

2024 - Dapur Rakyat di Kedah

8 comments:

Eyma Balkish said...

Saling membantu antara satu sama lain..

Etuza said...

Subahanallah, amal jariah yang sangat Allah sukai..teruskan menjadi relawan yang hebat ustaz bersama team lainya ya. Semoga terhindar Bajir ..harap tempat tinggal ustaz tak dilalui banjir.Aamiin

Roziah @ Cie said...

Semoga dipermudahkan urusan tuan & team.

Ezna Khalili said...

Moga dipermudah buat mereka yang terkesan ya. Banyak juga harta benda musnah dan mungkin ada korban nyawa juga.

dear anies said...

alhamdulillah
kalau dekat nk jg sy join sekali

Suria Amanda said...

Sekoga dipermudahkan buat semua yang terlibat dengan bencana banjir ni...

Mama Zharfan said...

Barakallah fiikum jami'an

Aphizha said...

Alhamdulillah. Benar tu, kemanusiaan tidak pernah letih. Teruskan berbuat baik. Semoga Allah balas dengan segala kebaikan untuk semuanya yang membantu.