![]() |
| 'trek tak berapa panjang, dapatlah 10 pusingan' |
Pagi ini langit mendung, tapi hati tetap cerah. Saya dan Ummu Ikhwan keluar awal, menghirup udara segar di trek baharu yang masih belum benar-benar dikenali ramai.
Kami brisk walk perlahan-lahan, cukup untuk memanaskan badan dan menyegarkan fikiran. Sepuluh pusingan terasa begitu cepat berlalu, mungkin sebab treknya tidak terlalu panjang, atau mungkin juga kerana sembang-sembang kecil bersama peneman yang paling memahami membuat langkah terasa lebih ringan.
Di sekeliling, ramai juga yang sudah memulakan rutin. Ada yang berjalan laju seperti kami, ada yang berlari mengejar waktu, dan ada yang hanya menikmati suasana pagi yang redup. Sesekali terdengar bunyi tapak kasut berirama, berselang-seli dengan desiran angin yang lembut menyapa.
Walaupun mendung, pagi ini tetap punya seri. Kadang-kadang, kebahagiaan itu cuma perlu beberapa langkah.. dan seseorang di sisi untuk berkongsi perjalanan.
![]() |
| 'mendung ' |


20 comments:
Tenang je taman tu ustaz.. nampak pun redup je.
10 round, mantap Ustaz & UI ๐๐ป
trek tak berapa panjang..
Banyak tu 10 pusingan. Lama dah tak BW kekangan masa dan malas ๐
trek tak berapa panjang.. malas tu perkara biasa haha
seharian redup
cuaca mendung sronok briskwalk bersama isteri tercinta..dpt plak 10 round..byk kalori burn tu
alhamdulillah. best dpt buat aktiviti sihat gini!
Alhamdulillah
Dapat bw 10 pusingan
seronok keluar peluh, lebih lagi bahagia bersama suri hati, rajin temankan..
Saya pula tengah rasa malas untuk jalan laju sekarang. Mungkin sebab cuaca hujan.
Banyak itu 10 pusingan.
trek tak berapa panjang.. dapatla 10 round
Alhamdulillah..
kalau cuaca cerah tu rasanya boleh dpt 20 pusingan๐๐ gurau je
entah-entah 2 pusingan je.. sebab panas hihi
alhamdulillah.. mohon doakan agar tak patah semangat
10 pusingan? Wow๐๐๐Saya ni bila nak bersenamnya entah la. Asyik makan je kerojenya. Menguitnya tidak๐ฅฒ
Alhamdulillah..Seronok dapat beriadah sama-sama jaga kesihatan. Cuaca mendung ni rasa sejuk sikit. Walaupun trek pendek, jadilah dapat bergerak dan keluarkan peluh. Cantik kawasannya. Satu terapi pagi-pagi juga dapat hirup udara segar dan permandangan yang mendamaikan.
Cantiknya tempat untuk jalan waktu pagi. Saya suka tempat yang banyak pokok besar macam ni.
Kalau SA 5 round pun dh cukup puas hati ni..tahniah dpt 10 pusingan..
Post a Comment