'Moga ujian Covid-19 segera berakhir' |
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, sama-sama kita merafa`kan rasa syukur kepada tuan empunya dunia, Allah SWT yang masih memberikan kepada kita semua bermacam-macam nikmat. Tentunya dengan semua nikmat tersebut kita dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya di dunia ini.
Firman Allah SWT bermaksud: “Jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terkira, sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi engkar.” (Ibrahim: 34)
Di antara nikmat-nikmat yang tertinggi daripada semua nikmat itu ialah nikmat Islam kerana dengan Islam-lah Allah SWT menyempurnakan agama (Ad-Deen) melengkapi nikmatnya buat kita, dan redha dengan Islam sebagai agama kita kerana Islam adalah penutup kepada semua agama.
Alhamdulillah adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Sedangkan Allah SWT juga menegaskan, bagi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka. Sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala yang besar. Justeru, marilah kita menyebut "ALHAMDULILLAH"
Hari ini kes jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat. Bahkan setiap hari makin bertambah. Di lingkungan tempat tinggal saya sendiri sudah lebih 20 orang yang dikenalpasti positif. Samada orang dewasa maupun kanak-kanak. Ini juga termasuk di antara perkara yang agak membimbangkan. Harap-harap tidak berlaku PKPD atau apa-apa `P` sudahlah!
Tambahan pula sekarang ini kita semua dalam menghitung hari menuju Ramadhan. Moga tidak berulang kembali sebagaimana Ramadhan yang lalu. Doakan..
2 comments:
betul, ramai orang2 terdekat dah dijangkiti
Assalam moga ustaz n fmili sht sjhtra ya bimbang sgt kes kobid mencanak tinggi la ni berati hati tiasa moga Allah jauhinya dari kita semua
Post a Comment