Pantasnya masa berlalu pergi.
Pejam dan celik berlalu seminggu. Pejam dan celik berlalu sebulan. Pejam dan celik setahun berlalu. Pejam dan celik, lalu tidak celik-celik kerana ajal telah mendatangi.
Terkuak tirai jendela Rejab 1443.
Sudah mula kedengaran bacaan doa Rejab yang masyhur oleh sang imam di masjid dan surau. Di medsos juga sama rancak, sahabat-sahabat mengirimnya. Semuanya untuk mengingatkan bahawa kita telah berada di bulan Rejab. Lebih daripada itu, mengingatkan untuk bersedia memasuki bulan Ramadhan yang amat didamba.
Acapkali saya menulis, berapa ramai kaum keluarga dan sahabat handai yang telah pergi mendahului tanpa mengetahui bahawa Ramadhan yang lalu adalah yang terakhir buat mereka.
Saya jua diulit kebimbangan. Apakah saya dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini ataupun sebaliknya. Jangkamasa dua bulan yang masih berbaki, tiada jaminan untuk masih mampu menghirup udara di dunia ini. Entah-entah telah tertulis suratan di sisi-Nya, saya juga tidak dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini.
Justeru, seandainya kita diberi kesempatan dan peluang untuk memasuki bulan yang penuh keberkatan ini nanti, maka gunakanlah anugerah Allah ini dengan bersungguh-sungguh mengisi waktu dengan ibadat dan amalan yang soleh.
Allahu al-Musta`an..
4 comments:
semoga masih ada kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan
Selamat datang Rejab. In syaa Allah bulan-bulan mulia yang seterusnya dapat dilalui bersama.
Assalam ustaz sht sjhtra bersama famili menyambut Rejab menjelang Syaaban memegang Ramadan insyaAllah
Aamiin doanya
Post a Comment