05 Ramadan 1447H - Melepek. Bukan melepak.
Hari ini aku melepek di perbaringan. Demam urat, batuk dan selsema datang menziarah tanpa jemputan.
Kebelakangan ini, setiap kali pulang dari misi seberang laut, beginilah jadinya. Tubuh ini seperti menuntut haknya. Seakan berkata, “Aku bukan lagi seperti dahulu.” Akur. Usia tidak pernah menipu. Kudrat tidak lagi sama seumpama dulu.
Namun dalam lemah itu, ada satu rasa yang tidak pernah lemah, iaitu rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berkhidmat.
Aku sedar, misi kemanusiaan bukan tentang menjadi kuat sepanjang masa. Ia tentang memberi walau dalam keterbatasan. Tentang hadir walau diri sendiri belum sempurna. Dan mungkin inilah pelajaran terbesar Ramadan kali ini, bahawa kekuatan sebenar bukan pada tubuh yang tidak pernah sakit, tetapi pada hati yang tidak pernah jemu untuk peduli.
![]() |
| 'Masjid Desa Pante Beureune, di Kecamatan Meurah Dua, Kabupaten Pidie Jaya yang dijadikan posko agihan sembako dan uang tunai kepada setiap keluarga. Puing-puing banjir masih kelihatan' |
Jika suatu hari nanti kaki ini tidak lagi mampu melangkah jauh, biarlah doa tetap mampu terbang lebih jauh daripada pesawat yang pernah aku naiki. Kerana akhirnya, yang kekal bukan perjalanan, bukan pujian, bukan gambar-gambar yang sempat dirakam, tetapi kesan kecil yang kita tinggalkan dalam hidup orang lain.
Dan andai tubuh ini semakin menua, biarlah jiwa terus muda dalam berbuat baik..
Penafian: Tulisan ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan pengajaran(jika ada). Mohon maaf sekiranya timbul salah tafsir di pihak pembaca.

8 comments:
Bila bertambah usia, badan jadi mudah letih lepas travel jauh dan lama.
Moga Allah kurniakan kesembuhan ya.
Benar, adakalanya semangat kita melebihi keupayaan. Apa pun segala niat baik itu Allah Maha Mengetahuinya.
Semoga ustaz cepat sembuh ya..seringlah minum air suam ya..kena juga ambil ubat di hospital ya...
salam Ramadan moga ustaz n fmili afiat sjhtera berpuasa merehatkan jiwa raga jana upaya semula
Salam Ramadhan Ustaz.
Mudah-mudahan amal bakti yg dikerjakan akan menjadi bekal berharga di sana kelak 🤲🏻
shafakallah. salam 14 ramadan utk ustaz sekeluarga
Cepat sembuh ustad ☺️. Semoga apa yg sudah ustad lakukan, membantu rakyat Aceh yg sedang dilanda musibah, menjadi pahala besar untuk ustad ☺️☺️.
Moga baik2 aja....
Post a Comment