Sahabat Sejati

Thursday, 28 August 2025

Laksana aliran sungai

'Pagi di Kuala Sat' 

Hidup ini ibarat sungai yang mengalir perlahan. Ada waktunya deras, ada waktunya tenang. Walau bagaimana pun alurnya, air tetap menuju lautan. Begitu juga kita, walau berliku jalan, akhirnya semua kembali kepada Tuhan. 

Kadang kita rasa lelah, hilang arah, atau seakan terbeban. Tapi hakikatnya, setiap kesusahan itu ada hikmah yang mendidik jiwa. Setiap air mata yang jatuh, sebenarnya menyucikan hati agar lebih dekat dengan-Nya. 

Bila kita berhenti sejenak, menghela nafas, dan memandang langit, di situ ada tanda kasih sayang Tuhan. Bahawa kita tidak pernah benar-benar sendiri. 

Tenang itu bukan bila tiada ujian, tetapi bila hati tahu kepada siapa harus bergantung.

4 comments:

Etuza said...

Allah ada memayungi, mengasihani dan merahmati kita walau di mana..kemana pun usah lupa Allah. Dialah yang maha tahu segala2nya..

Mama Zharfan said...

sangat mendalam coretan ini

Suria Amanda said...

Penuh dengan makna tersirat dan tersurat..keep on sharing a good vibes..

Amie said...

Masya Allah.
Tinggi falsafahnya, melihat alam dengan mata hati.