Sahabat Sejati

Sunday, 10 August 2025

Andai kata terpaksa merangkak..

'sekadar kemampuan'

Badan masih terasa penat… tapi bila ada rakan yang mengajak ke Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, saya tak sampai hati nak menolak. Kudrat orang tua ni memang dah tak seperti dulu, tapi semangat tu masih segar, macam api yang tak mahu padam. 

Berbekal tekad, saya gagahkan juga melangkah. Andai kata terpaksa merangkak pun, saya sanggup.. hihi.  "Biarpun terpaksa merangkak dia atas salji ~ Nasyid.


Sampai saja di Dataran Merdeka, mata saya terpaku melihat lautan manusia. Ada yang datang dari jauh, ada yang membawa anak kecil, ada yang memegang bendera Malaysia dan Palestin sambil melaungkan kata-kata semangat. Angin petang Kuala Lumpur seakan membawa bersama doa-doa yang terbang tinggi ke langit. 

Di tengah hiruk-pikuk suara itu, saya rasa tenang. Tenang kerana saya tahu, walau Gaza jauh beribu batu, hati-hati di sini tetap terpaut. Saya berdiri bersama mereka, bukan sekadar sebagai penonton, tapi sebagai sebahagian dari denyut perjuangan itu.

#Humanity4Gaza #savepalestine 

3 comments:

paridah said...

assalam ustaz moga tiasa afiat sejahtera alhamdulillah dapat sertai solidarity free Palestine

Etuza said...

Semoga Palestine akan mendapat kebebasan mutlak...Pray for them..biar kita jauh tapi hati dekat mendoakan kesejahteraan mereka

Etuza said...

Penderitaan rakyat palestine sejak lama..semoga terbela dengan kuasa Allah