Sahabat Sejati

Monday 14 March 2022

Dalam ujian ada rahmat-Nya

foto hiasan ~ sumber
 

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih kerana telah mengembalikan keafiatanku setelah dihilangkan beberapa ketika. 

Diuji dengan masalah kesihatan yang pastinya bukanlah sesuatu yang menyamankan. Masa banyak dihabiskan di tempat pembaringan. Ujian kesakitan yang mengingatkan agar sentiasa menghargai nikmat sihat yang diberikan. 

Agama kita meletakkan nikmat kesihatan itu ditempat yang tinggi selepas keimanan. Perihal ini selaras dengan sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, daripada Muaz bin Rifa’ah ra meriwayatkan daripada ayahnya, bahawa dia berkata: Abu Bakar berdiri di atas mimbar, lalu menangis, dan berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam berdiri di atas mimbar pada tahun pertama (Hijrah), lalu menangis dan bersabda: Mintalah kepada Allah pengampunan dan keafiatan (kesihatan) kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari keafiatan (kesihatan) selepas mendapat keyakinan (iman). 

Ada ketikanya sakit itu perlu agar kita menginsafi akan nilai dan harga sebuah nikmat yang dinamai sihat! Hampir seluruh kebahagiaan dan kenikmatan hidup bergantung dengan kesihatan. 

Ya, kita tidak akan menikmati kehidupan tanpa kesihatan yang baik. Justeru, sesekali diuji dengan kesakitan barulah kita tahu dan sedar akan nikmatnya sihat. 

Dalam ujian ada rahmat-Nya, moga keuzuran hari ini menjadi pelenyap dosa-dosa yang lalu..

3 comments:

Perdu Cinta said...

SubhanaAllah. Betul sihat itu nikmat. Rezeki. Nikmat rezeki yang dipinjamkan. Bila diuji dengan masalah kesihatan ianya boleh buat kita kadang fikir yang tidak-tidak.

Yuslina Ghazali said...

tersusun je ayat2nya. salam perkenalan daripada saya. done follow awak, hope dapat follow saya back thanks

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili afiah sjhtra..reda takdir-Nya insyaAllah kan

Post a Comment