Sahabat Sejati

Tuesday, 29 March 2022

Alhamdulillah..

foto hiasan ~ sumber
 

Alhamdulillah saya dan keluarga telah dibebaskan dari 'penjara' kuarantin dan juga disahkan bebas Covid-19. Pujian dan rasa syukur yang sebanyaknya atas nikmat ini. Namun begitu, walaupun saya telah sembuh, beberapa kesannya masih belum hilang. 

Sehingga kini saya masih mengalami batuk-batuk dan sakit tekak yang kadangkala mengganggu kehidupan. Kondisi badan juga menjadi cepat lesu dan mudah semput jika melakukan aktiviti-aktiviti yang bersifat fizikal. Saya mengira faktor usia menyebabkan kesannya menjadi seperti demikian.

Ramai sahabat yang bertanya khabar dan mengirimkan doa. Termasuk juga yang memberikan petua-petua untuk menghilangkan gejala-gejala tersebut. Keprihatinan mereka menjadikan saya kuat serta keinginan untuk sembuh juga meningkat. 

Alhamdulillah, nikmatnya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan mengambil berat. Ia juga termasuk anugerah Ilahi yang seharusnya disyukuri. 

Sahabat yang baik mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik manusia yang dicintai oleh Allah adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain". (Riwayat Tobari 6026)

Alhamdulillah..

1 comments:

norhidana said...

moga ustaz cepat sembut, biasalah tu ustaz simptom post covid memang kadang gitu, dana pun masih ada simptom post covid batuk2 dan sakit badan lagi, nafas pendek

Post a Comment