sumber: FB
Sahabat Sejati
Wednesday, 29 August 2018
Monday, 27 August 2018
Seraut damai desaku
Damai desaku.
Melihat pepohon kelapa yang melambai-lambai bagai menggamit sang perantau.
Juga rumpun buluh menghijau dan semilir rimba yang memupuk mesra.
Bau rumput yang baru dipotong serta bau asap dedaun kering yang dibakar.
Ada kokok sang jalak di atas tunggul kering sambil mengirai sayapnya.
Seketika desir angin dan gemersik daun kayu yang berlanggaran.
Tatkala tirai senja gugur, desaku tidur di dalam pelukan selimut malam.
Zikir cengkerik dan tingkah reriang di bawah kolong rumah.
Rayuan rindu sang pungguk pada sang ratu bulan yang jauh meninggi.
Demikianlah suasana desa, sentiasa mendamaikan hati yang resah.
Maka sang perantau ini menjadi lupa kepada kesibukan dan kekalutan hutan batu.
Semuanya kerana seraut wajah desa nan permai..
Labels:
Bicara santai,
diri,
foto bermakna,
keluarga,
pengalaman,
peristiwa,
rehat minda,
satu catatan
Tuesday, 21 August 2018
Salam 'Eidul Adha 1439H / 2018M
Para sahabat yang amat ku kasihi, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, marilah sama–sama kita menginsafi diri dan memperbanyakkan amal serta mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Pengorbanan itu bukan sekadar kita menumbangkan binatang ternakan, tetapi hendaklah dilihat dari kacamata yang lebih luas. Lihatlah, sebagaimana kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Baginda diuji pada perintah menyembelih anaknya sendiri. Seorang bapa diperintahkan meletakkan senjata tajam di tengkuk anak yang selama ini dijaga penuh kasih, jauh dari duri dan bahaya kehidupan.
Namun, apakah kata Nabi Ismail kepada ayahandanya:
“Teruskan ayahanda, nescaya engkau akan dapati aku ini dari kalangan mereka yang sabar”, Seruan yang juga bukan calang-calangnya.
Keyakinan yang datang juga dari cinta dan taat yang tinggi kepada-Nya.
Sesungguhnya Nabi Ibrahim membuktikan cinta dan taat kekada kekasihnya, Allah SWT. Baginda tidak tergugat dengan perintah menyembelih anak kesayangannya.
Akhirnya, Allah SWT menukarkan dengan binatang sembelihan yang akhirnya menjadi sunnah ikutan sehinggalah ke akhir zaman.
Oleh itu saya mengajak sahabat-sahabat sekelian, mariah kita menghayati peristiwa besar ini untuk meningkatkan ketaqwaan dan keyakinan kita kepada agama Allah SWT yang maha benar ini.
Mudah-mudahan kita semua dipilih oleh Allah SWT menjadi hamba-Nya yang istiqamah dalam perjuangan agama-Nya serta sanggup berkorban tanpa mengira harta, masa, tenaga hatta nyawa sekalipun untuk melihat syariat Allah didaulatkan di dalam negara Malaysia yang tercinta ini.
Justeru, saya ingin mengucapkan "Aidiladha mubarak, Kullu `Aam wa Antum bi Alf al-Khair" khususnya kepada semua pengunjung pondok kecil abuikhwan, semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat-Nya. Ameen.
Labels:
aidiladha,
pengumuman,
peristiwa,
ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)


