![]() |
| 'Alhamdulillah, dah pun sampai. Tunggu yang lain pulak..' |
Parcel yang ditunggu akhirnya mendarat dengan selamat di hadapan pintu pagar. Terima kasih, Mr. Kurier. Jasamu kukenang!
Dalam dunia yang serba laju ini, sampai dengan elok pun sudah cukup untuk menenangkan hati.
Koi bukan jenis yang kerap membeli secara dalam talian. Hanya bila ada keperluan dan dalam keadaan tertentu, barulah jari menekan butang checkout. Mungkin sebab itu, setiap parcel yang tiba membawa rasa yang sedikit berbeza, bukan keterujaan kosong, tetapi rasa cukup dan bersedia.
Satu persatu dibuka, diperiksa. Sleeping bag, air pillow, headlamp. Bateri SJCAM bersama dual charger set. Dan juga waterproof phone pouch case. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan baik, lengkap seperti yang diharapkan.
Barang-barang ini bukan sekadar senarai keperluan. Ia lambang persediaan, untuk perjalanan, untuk pengalaman, untuk detik-detik yang belum lagi berlaku. Ada sesuatu yang menenangkan apabila kita tahu, perlahan-lahan kita sedang bersiap.
Masih ada beberapa lagi yang belum tiba, dalam perjalanan agaknya. Seperti banyak perkara lain dalam hidup. InsyaAllah, sampai masanya nanti, ia akan sampai juga.
Kadang-kadang, hidup ini tidak perlu tergesa-gesa. Cukup kita bersedia, bersyukur, dan percaya.. bahawa apa yang ditunggu akan tiba pada waktunya.

16 comments:
Besar maknanya entry ni..semoga kita bersedia..aamin
Assalam ustaz afiah tiasa hendaknya...wah dah sedia wahana kembara tu
Bersiap siaga kata orang tu ye. Semoga yang baik2 je.
untuk misi-misi akan datang
untuk misi-misi yang akan datang..insyaAllah
Wahhh.. nak ke mana tu? harap2 jgn la bulan 12 ni ye. hujan memanjang je kan. apa2 all the best ye.
Kalau dah bersiap sedia, mudah nak guna bila diperlukan.
Kembara ke mana pula ustaz?
Macam nak pergi hiking / camping persediaannya ni atau misi bantuan negara seberang? Semoga dipermudahkan urusan ye Ustaz 🤲🏻
nak pegi hiking ke tu
ustaz nak travel ke mana tu? luar malaysia lah kan tu
Pasti merentas benua lagi atau belayar melalui lautan..siap dengan kelengkapan lagaknya..semoga selamat perjalanan dan selamat ke distinasi.
Bersiap sedia sebelum mengembara .. Semoga dipermudahkan dan lancar, selamat sampai ke tempat yang dituju dan pulang dengan selamat membawa 'buah tangan' untuk dikongsikan bersama di sini.. Aamiin .
Waaah ustad hendak hiking kah? Di manapun tujuannya, semoga sehat selamat selalu yaa ☺️
alahmdulillah..selamat sampai.
barang beli online ni mahal ke murah tetap buat saya debar menanti ketibaannya. Tapi beli online jauh lebih murah biasanya. haritu terkena set pakaian ihram. Brand sama jauh murah online . rugi sangat dah beli untuk sekeluarga kat kedai tu. huhu
SA doakan yang baik2 aje untuk tuan dan keluarga...
Post a Comment