Monday, 1 December 2025

Selesai bacaan 'Pelanduk Hutan Keningau'


Selesai saya menghadam sebuah novel nipis, hanya 122 halaman semuanya. Tak lama pun untuk dikhatam, tapi 'rasa' yang ditinggalkan.. panjang. 

Buku ini adalah antara buku lama yang saya miliki, cetakan pertama tahun 1989, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Judulnya Pelanduk Hutan Keningau karya Mahmud Eddie, sebuah judul yang kedengaran sederhana, tapi rupanya menyimpan dunia kecil yang tidak dijangka. 


Kisahnya tentang tiga remaja — Tumin, Salbin dan Justin, yang mengembara ke pedalaman Sabah. Niat asal hanya mahu melihat pelanduk, sambil menimba pengalaman di hutan Keningau. Namun hutan tak selalu sekadar hijau dan tenang; kadang-kadang ia menyembunyika n sisi manusia yang lebih gelap. 

Penipuan dan kerakusan, rupa-rupanya, bukan hanya milik kota. 

Di dalam hutan belantara pun ia tumbuh diam-diam. 

Tumin, Salbin dan Justin, ditemani Suin dan abangnya, Mijan, akhirnya terperangkap oleh satu kumpulan yang jalankan kegiatan tersembunyi di tengah hutan. Dalam kekalutan, Justin dan Salbin berjaya meloloskan diri.. meski tidak sepenuhnya selamat. 

Salbin pengsan di tepi anak sungai. Justin pula sesat dalam hutan yang luas dan sunyi. 

Mijan, anak muda keturunan Murut pengsan dipukul kerana cuba melawan. 

Apakah sebenarnya dilakukan oleh kumpulan yang menawan Tumin dan rakan-rakannya? 

Saat saya membaca helaian demi helaian, saya seperti ikut berjalan bersama mereka. Dingin embun di hujung dedaun, bunyi serangga, dan rasa cemas yang tak menentu.. semuanya macam hidup kembali dalam imaginasi. 


Dan yang paling mencuit hati, halaman-halaman yang disertakan ilustrasi. Ilustrasi yang ringkas, gaya buku cerita zaman sekolah rendah dulu-dulu. Sekali pandang saja, terus saya terimbas kembali saat duduk bersila di kerusi kayu perpustakaan sekolah, baca buku tanpa sedar hari dah lewat. 

Ada sesuatu pada buku lama: bau kertasnya, nadanya yang jujur, dan kenangan yang datang tanpa disuruh. 

Begitulah Pelanduk Hutan Keningau buat saya, tipis saja, tapi penuh rasa. 

Kadang-kadang, buku kecil pun mampu membuka pintu memori yang besar.

14 comments:

  1. assalam moga ustaz tiasa afiat novel karya penulis Sabah mmg menarik latar ceritanya agak lain dari biasa...keningau kampung cikgu etuza tu

    ReplyDelete
  2. Dah lama sungguh tak membaca karya terbitan DBP

    ReplyDelete
  3. SA ada banyak koleksi novel tp keluaran Alaf 21 dan Karyaseni la, novel cinta la tapi..dari DBP macam xde..x ingat plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku DBP dalam koleksi saya semuanya buku lama.. buku zaman saya budak-budak

      Delete
  4. Bagus la suka membaca ni sebab membaca jambatan ilmu. Masa belajar dulu rajin saya baca novel. Panjang2 pun suka. Dah berumur ni saya baca blog je sebab lebih ringkas.

    ReplyDelete
  5. Menarik jln ceritanya.saya suka baca novel cuma umur 40s ni saya suka baca kisah mistik tp penuh pengajaran

    ReplyDelete
  6. Menarik..Biasanya kalau kita membaca dengan perassaan memang kita akan terikut sekali masuk dalam ceritanya...hihihihi

    ReplyDelete
  7. Aiiiih saya sukaaaaaa buku yg seperti ini, ada ilustrasi yg menggambarkan alur cerita ❤️❤️. Sehingga bisa lebih terbayang ceritanya. Memang buku2 lama lebih menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
  8. nak tanya ckgu etuza betul tak cerita ni ada kat keningau hehehe gurau je

    ReplyDelete
  9. novel lama, nama yang digunakan pun masih nama yang simple. Ali, Abu, Ramu, Ah Seng. Sekarang perghhh

    ReplyDelete
  10. Mereka bertembung dengan pemberontak kah? DBP ni bagi saya macam RTM. DBP menerbitkan banyak buku yang unik dan berkualiti. RTM melahirkan bintang yang bersuara emas.

    ReplyDelete
  11. Wah, ustaz sudah pula mengembara ke Keningau ya..Rajin membaca ..pasti banyak ilmu di dada..saya tak pernah jumpa buku ni..walaupun saya orang Keningau..begitulah hendaknya ya, orang lai tahu ..

    ReplyDelete