Thursday, 4 December 2025

Pertama Kali Cuba Goreng Pisang Dengan Sambal Kicap

Eksperimen hari ini

Hari ini saya buat satu eksperimen kecil yang mungkin boleh menggoncang identiti orang Pahang saya, goreng pisang dicicah sambal kicap. πŸ˜„

Ya, sambal kicap. Benda yang saya selalu dengar, tapi tak pernah rasa. Selama ini goreng pisang bagi saya ialah “makanan suci” yang dimakan begitu sahaja.. atau kalau nak bergaya sikit, cicah air lada. Standard Pahang. 

Cerita asalnya bermula bertahun dulu. Seorang sahabat kerja (dah bersara pun), orang Tanjung Sedili, Kota Tinggi, pernah beritahu: “Eh, kami kat Johor makan goreng pisang cicah sambal kicap tau.” 

Masa itu saya terus terdiam. Dalam hati, “Hah? Betul ke ni atau dia nak prank aku?” Maklumlah, kita ni membesar dengan budaya goreng pisang versi ‘single’, tiada pasangan, tiada sos, tiada drama. 

Tapi hari ini, entah kenapa saya tergerak hati nak cuba juga. Pisang nangka beli dengan sahabat yang berkebun, sambal kicap pula baru belajar melalui YouTube (YouTube ni kadang-kadang lebih boleh diharap daripada kawan bagi resepi). 

Dan bila saya cicah.. dan saya rasa..  

Eh, boleh tahan juga! Mulut saya pun macam terkejut kecil, tapi terkejut yang gembira, bukan terkejut macam jumpa biawak dalam stor. 

Lulus! kena dengan tekak 😁

Rupanya manis pisang dan pedas-manis sambal kicap tu saling melengkapi. Macam pasangan drama Melayu, mula-mula pelik, lama-lama sweet. 

Kesimpulannya, hari ini saya belajar satu perkara: Jangan pandang pelik makanan orang lain selagi kita tak cuba. Kadang-kadang yang kita anggap ‘aneh’ itulah yang sebenarnya mungkin sedap. 

Dan.. saya rasa saya dah faham kenapa orang Johor bangga dengan sambal kicap mereka.

#Tapi goreng pisang cicah air lada tetap pilihan utama😁

18 comments:

  1. Bangsa Johor biasa buat cam ni...

    ReplyDelete
  2. Selagi boleh di makan dan pasti sedap, penah makan ustaz..pisang goreng cicah kicap..ustaz sedia lagi sedap..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Haaaa sedap kan...kita kawen ngan bangsa Johor mmg gini la kalau makan pisang goreng...sedappp...dpt pisang nipah lagi sedap...

    ReplyDelete
  4. Cara org johor kan? tapi sy org sarawak pun ada je mkn cara ni, sesekali mencuba sedap jugak.. tp kena sambal kicap pedassss

    ReplyDelete
  5. Sy bila merantau ke ibu kota baru kenal makanan begini Ustaz. Seronok dapat mengenali pelbagai jenis makanan bila berkawan dgn kawan² U dari seluruh pelusuk negara

    ReplyDelete
  6. sy dah lama tahu ada org mkn pisang grg cicah sambal kicap cuma sy x berani nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. saya pun dah lama tahu tapi semalam baru tergerak hati nak mencuba

      Delete
  7. kalau dapat sambal kicap yang sedap memang sedap sangat makan dengan pisang goreng, kak ana pun jarang makan dengan sambal kicap gini sebab kak ana asal utara kan :)

    ReplyDelete
  8. sedap kannnn
    ms kecik2 dulu sy ckp suka pisang goreng cicah gula pasir. dah bsr sikit baru laa boleh terima cicah kicap. tp nak kicap tu ada pedas2 sikit barulah ummmppphhh

    ReplyDelete
  9. assalam ustaz tiasa afiat hendaknya kak pun tahu tapi suka mkn pisang goreng kosong ja xberani nk cuba

    ReplyDelete
  10. Pertama kali makan pisang goreng dengan sambal kicap ni kat Johor la masa belajar di sana. Mula2 rasa pelik tapi bila dah rasa sedap rupanya.

    ReplyDelete
  11. Bangsa Johor dan sambal kicap tak boleh dipisahkan..

    ReplyDelete
  12. kalau di Pekan Pahang goreng pisang mak-mak dulu suka tabur gula pasir

    ReplyDelete
  13. saya tak reti mkn dgn sambal kicap...kalau mkn dgn sos pencicah tu boleh ajer!! sama mcm mkn keropok lekor;) sbb saya org pantai timur

    ReplyDelete