Saturday, 20 December 2025

Hari ini bersama Dapur Rakyat

Hari ini saya dan Ummu Ikhwan, rezeki dapat turun padang bersama Tim Dapur Rakyat anjuran Yayasan Amal Malaysia di Chendering. 

Program ni ringkas tapi besar maknanya, memasak dan menghantar makanan buat para petugas yang mencuci rumah mangsa banjir. 


 

Paling menceriakan, bekerja dengan geng veteran, aka geng pencen. Macam-macam karenah yang buat dapur tak sunyi dengan gelak ketawa. Uniknya, dapur kami berasap, betul-betul guna kayu api. (Terasa seperti kenduri kahwin dulu-dulu) Kalau kami yang (masih muda) ni, mungkin terus pilih dapur gas. Mudah, cepat, dan kurang drama nasi mentah atau hangit 😄 


Hari ni sempat juga menyiapkan dua periuk besar nasi, gulai ayam, goreng kobis dan sambal belacan. Lepas siap, tugasan packing disempurnakan oleh tim Amalnita. Saya pula sambung misi seterusnya, menghantar makanan ke beberapa lokasi petugas pembersihan. 

Penat? Ya. Tapi puas hati tu.. tak boleh dibayar dengan apa-apa.

Balik rumah, zzz.. zzz.. 

9 comments:

  1. alhamdulillah, bagus sgt2 aktiviti gini! barakallah fiikum jami'an

    ReplyDelete
  2. Subahanallah acara yang seronok dapat jumpa ramai saudara rakan taulan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah good job Ustaz & semua 👍🏻
    Memang seronok kalau bergotong royong memasak gini

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ramai juga tu sama2 bergotong royong.

    ReplyDelete
  5. Wah masak cara lama guna kayu api! Rajin ya semua. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. assalam ustaz afiat tiasa hendaknya...masak ramai2 seronok tu..chendering banjir ka...kampung anak menantu...esoklusa depa cadang nk balik sana

    ReplyDelete
  7. Orang lama je yang pandai masak guna kayu api, memang suasana macam kenduri zaman dulu. Penat tapi seronok.

    Moga Allah membalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete