Malam datang dengan tenangnya. Selepas seharian berbasikal pagi dan petang, badan terasa ringan, peluh yang keluar bagaikan mencuci segala lelah.
Kini saya duduk di beranda rumah. Angin malam menyapa perlahan, membawa bunyi cengkerik dan sesekali burung tukang bersahut.
Lampu jalan jauh kelihatan suram. Suasana hening, hanya ditemani bunyi alam. Dalam hati terasa syukur, kerana masih diberi kesihatan untuk bergerak, masih ada peluang menikmati kehidupan begini, sederhana tetapi cukup membahagiakan.
Malam ini saya pejam mata dengan rasa tenang, berharap esok pagi masih berpeluang kayuh lagi.

Syukur³.. semoga terus sejahtera dengan kesihatan yg baik anugerah dari Allah swt.
ReplyDeleteAlhamdulillah, amiin ya Rabb.. terima kasih atas doanya
Deletetahniah! Sy dah lama x mengayuh basikal. Letih sungguh bila balik kerja skrg..
ReplyDeleteAlhamdulillah 'alaa kulli haal
ReplyDeleteAlhamdulillah atas segala nikmat yang Tuhan berikan.
ReplyDeletealhamdulillah syukur
DeleteAssalam afiat tiasa hendaknya alhamdulillah beriadah dgn basikal nikmat kesihatan
ReplyDeleteJoging dan lari lari anak..ada juga sini ustaz,,tapi tak segagah ustah kayuh basikal..memang uji fizikal sihat..
ReplyDeletetak gagah mana pun cikgu.. eksyen je lebih hehe
Deleteselagi ada kudrat, kayuh sampai penat... ;-)
ReplyDeleteinsyaAllah, selagi ada daya dan upaya
DeleteKepada Allah kita meminta, terima kasih segala yang Allah berikan..Hebatnya Allah yang satu..
ReplyDeletesronok dpt kayuh basikal menikmati keindahan alam yg tenaNG
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Delete