![]() |
| foto hiasan ~ sumber |
Kita sering berlari mengejar masa, hingga lupa bahawa dunia ini bukanlah destinasi, tetapi hanya persinggahan sementara.
Jangan biarkan langkah kita kosong. Setiap kerja, setiap kata, setiap gerak, biarlah ada makna, biarlah ada bekas di sisi Tuhan.
Kalau hidup hanya untuk dunia, kita akan letih tanpa arah. Tetapi jika hidup untuk akhirat, setiap penat menjadi hadiah, setiap lelah menjadi pahala, setiap titisan air mata menjadi doa.
Ingatlah, jalan ini panjang.. tetapi penghujungnya indah bagi yang melangkah dengan hati yang benar.

Bolehkah saya tambah...hidup ini perjuangan.
ReplyDeleteSebab tu agaknya setiap perkara yg hendak dibuat perlu disertai dgn niat yg baik.
ReplyDeletebetul, itu yang sepatutnya
DeleteSemoga hidup ini dalam keredhaan Nya
ReplyDeleteamiin ya Rabb
Deletesalam ustaz afiat sjhtra tiasa selagi ada hayat teruskan perjalanan sambil himpun bekalan tika singgah sebentar
ReplyDeleteperjalanan dan juga jambatan yang menghubungkan ke akhirat...
ReplyDeletebetul
DeleteSebab tu lah kena ada niat yang betul dalam setiap perkara ya ustaz. Bila niat elok, insyaAllah semuanya dipermudahkan dan beri manfaat pada semua.
ReplyDeletebenar.. doa yang baik untuk kita semua amiin
DeleteKak Feni selalu cakap kat diri ini hidup ini perjuangan. Semoga matlamat akhir kita sama iaitu syurga Firdaus. Amin
ReplyDeleteamiinn ya Rabb
DeleteKejarlah kedua2nya untuk dunia dan akhirat juga
ReplyDeletebetul wak
DeleteMendapat sentuhan iman dan ketaqwaan dalam entry ini.Semoga kita semua dalah rahmatNya.Aamin
ReplyDelete