Hidup ini bukan tentang berapa banyak yang kita kumpul,
tetapi tentang berapa banyak yang kita kongsi.
Ketika tangan menadah, kita menjadi penerima. Tetapi ketika tangan menghulur, kita menjadi insan yang hidup. Kerana pada memberi, hati dibasuh dari sifat tamak, jiwa ditinggikan dengan rasa ikhlas.
Memberi tidak semestinya harta.
Kadang ia senyuman yang menghapus duka,
kata-kata yang menyalakan semangat,
atau doa yang terbit dalam sunyi malam.
Hidup terasa sempit bila segalanya tentang diri sendiri, namun lapang dan indah bila kita belajar berkongsi. Seperti matahari yang tidak pernah meminta balasan, namun tetap memancarkan cahaya setiap hari.
Maka, hiduplah dengan memberi. Kerana di situlah rahsia bahagia, dan di situlah sebenar-benar erti sebuah kehidupan.
Pasti memberi setakakat terdaya,,inshaAlllah soal banyak atau lebih hanya Allah yang tahu memberi ganjaran ..hebat misi ustaz dah ke Gaza..
ReplyDeleteMemberi dengan seikhlas hati :)
ReplyDeleteassalam ustaz moga afiat tiasa dapat memberi berkongsi rezeki
ReplyDeleteMakin banyak kita memberi, makin banyak kita dapat In Sha Allah
ReplyDeleteInsya Allah, moga menjadi asbab ke syurga
ReplyDeletesusah sebenarnya nak jinakkan hati untuk redha memberi. kadang-kadang tangan dah memberi tp hati masih berkata-kata. Allahh
ReplyDeleteاليد العليا خير من اليد السفلى وابدأبمن تعول...
ReplyDelete