Friday, 3 September 2021

Gelang putih pula

'Gelang putih pula'

Dalam renyai-renyai hujan, roda kenderaan bergolek perlahan menuju ke destinasi. Hari ini saya perlu melakukan ujian swab yang kedua. Ujian yang dibuat secara 'drive thru' ternyata amat memudahkan. Tidak perlu menunggu lama biarpun ramai yang berpusuan. 

Termasuk kali ini, sudah lima kali saya melakukan ujian swab. Ada yang sakit sehinggakan saya merasa seperti berdarah hidung. Ada pula yang sebaliknya. Tak mengapalah, itu pun satu pengalaman yang berharga. 

Alhamduillah, selesai ujian swab kedua. Gelang berwarna pink juga sudah dipotong. Manakala gelang putih mula mengambil alih tugas di lengan. Insya-Allah dalam 2 atau 3 hari lagi keputusannya akan diperolehi. Moga semuanya baik-baik sahaja. 

Sudah dua minggu tidak dapat bersolat Jumaat kerana masih 'terkurung'. Moga 'keterpaksaan' ini Allah SWT memaafkan dan mengiranya juga sebagai ibadat kerana atas usaha dan ikhtiar untuk memutuskan penularan wabak penyakit.

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 96) 

Allahu al-Musta`an.

4 comments:

  1. Mudah2an dijauhi daripada jangkitan C19 ini

    ReplyDelete
  2. Asalam saudaraku Ikhwan..dapat saya rasakan keadaan..kurang pergerakan. Apapun bagi orang yang beriman..pasti tidak boring dan tak bosan pun dalam rumah..ya sibuk beramal ibadah setiap masa berzkir dan memuji kebesaran Allah. Baca quran dan lain-lainnya merai sayang Dia yakni Allah. Harap semuanya baik2 saja..

    ReplyDelete
  3. assalam moga ustaz n fmili sht sjhtra...didoakan tiada masalah n slmt semua.pengalaman mahal yg ditempuhi hambanya yg beriman n kuat..tabah.

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan semuanya ustaz, kekal sihat dan sentiasa dalam lindunganNya...

    ReplyDelete