Assalamualaikum warahmatullah dan salam Jumaat yang diberkati.
Di antara azam saya pada tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya ialah mahu menumpahkan perkataan di pondok kecil abuikhwan ini pada setiap hari. Paling tidak pun satu hari mesti ada satu coretan yang ditumpahkan ke dada pondok kecil kesayangan ini.
Benar, demikianlah di antara impian (azam) saya disamping azam-azam yang lain.
Namun, melihat kondisi yang berlaku, nampaknya azam tersebut hanya tinggal azam. Hakikatnya saya masih tidak mampu mengotakan apa yang saya mahu. Mahu yang masih tidak mampu.
Walaupun banyak cerita dan 1001 kisah yang berlaku, dan sepatutnya dapat dikongsi di ruangan pondok abuikhwan ini, namun ia tidak dapat dituang menjadi tulisan. Kesibukan yang mencapai tahap pekat-melekat yang benar-benar tidak saya jangkakan di awal tahun 2020 yang lalu. Urusan ini, urusan itu dan bermacam-macam perkara yang berlaku, termasuk ujian pandemik Covid-19 yang tidak terjangkakan di fikiran.
Sepatutnya banyak kisah yang berlaku, maka banyaklah yang boleh dikongsi. Sebaliknya, untuk mencoret pun saya kekurangan masa. Ditambah lagi dengan kecapekan (keletihan), seringkali menumpukkan perasaan malas untuk menulis.
Saya memasuki diri di dalam dunia blog ini dengan ketakutan gagal untuk sentiasa menghasilkan coretan-coretan yang baru. Sahabat-sahabat akan berkunjung ke sini tetapi akan merasa kecewa apabila saya gagal memberikan yang terbaru.
Membina blog semudah menghitung ABC, tetapi untuk terus istiqamah menulis dan menulis adalah menjadi cabarannya. Kita boleh membuat seberapa banyak blog, tetapi untuk sentiasa memberikan coretan yang baru amat menyukarkan.
Tidak hairan ramai yang kecundang dengan situasi sebegini, sehingga blog mula terbiar bersawang. Ini juga di antara perkara yang amat meresahkan saya.
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku masa yang lapang serta sesuatu yang bermanfaat agar dapat aku kongsikan bersama hamba-Mu yang lain.”
Doaku..
Selamat meraikan tahun baru 2021 buat ustaz dan keluarga.
ReplyDeleteBiasalah kita berazam, tapi tak upaya mencapai azam. Jgn berazam yg pelik2 dan mustahil sudahla😀
Assalan noga ustaz n famili sihat sejahtera..salam tahun 21...didoakan kita semua makin kuat semangat mendepani setiap ujian-Nya
ReplyDelete