Monday, 30 November 2020

Usai 'meeting' KM

Usai meeting

Alhamdulillah, selesai mesyuarat pertama KHIDMAT MALAYSIA (KM) kawasan parlimen saya, khusus bagi menghadapi bencana banjir. Ekoran hujan yang kerap kali turun serta amaran air pasang besar dari pihak meteorologi, menyebabkan notis panggilan mesyuarat pun dikeluarkan. 

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, perbincangan berkisar lokasi yang kerap dinaiki air, lokasi pusat pemindahan, bantuan makanan yang telah dimasak, pengangkutan, sistem komunikasi dan sebagainya. Semuanya dibincang selumatnya. Maklumlah, benda yang sama dihadapi setiap tahun. 

Tahun ini ada sedikit perbezaan dan kerumitan dalam menguruskan bantuan banjir ini. Sebagaimana sedia maklum, ekoran penularan pandemik Covid 19, memaksa beberapa perkara perlu diubah. Tentunya arahan pihak kerajaan agar mematuhi SOP yang telah digariskan, selaras dengan amalan norma baharu. 

Apa pun diharapkan agar banjir tidak berlaku pada tahun ini, sebagaimana tahun lalu. Lenalah sedikit tidurnya (senyum). Biasa terjadi air naik pada waktu tengah malam, tidak dapat tidak terpaksa juga turun ke pusat operasi untuk tindakan selanjutnya. Doakanlah agar semuanya dipermudahkan.   

4 comments:

  1. Assalam moga sihat sejahtera ustaz n keluarga Alhamdulillah usai sudah mesoratnya... didoakan tiada bencana banjir yg menduga kita tahun ni n seterusnya

    ReplyDelete
  2. moga di permudahkan semuanya ustaz, moga tak berlaku banjir... kesian kalau banjir di waktu wabak covid ini

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan segala urusan, banjir akan menjauh, dan kehidupan sentiasa tenang.

    ReplyDelete
  4. moga di permudahkan semuanya ustaz, moga tak berlaku banjir... kesian kalau banjir di waktu wabak covid ini
    Yanacircle
    Jalur Pendakian Gunung Bismo Gunung Bismo

    ReplyDelete