Assalamualaikum warahmatullah, salam Jumaat yang diberkati.
Hmm, lebih seminggu tidak meninggalkan apa-apa bekas di pondok kecil abuikhwan ini. Bukan sahaja tidak sempat mencoret, malahan untuk melayarinya pun tidak mampu. Apatah lagi laman sahabat-sahabat, pun tidak berkesempatan untuk saya jejaki. Tentunya ia sesuatu yang agak tidak menyamankan.
Tumpuan dan komitmen dengan pebagai urusan dan gerakerja bersama Yayasan Amal Malaysia kebelakangan ini amat membataskan saya untuk menuangkan apa-apa perkongsian di blog kesayangan ini.
Bantuan untuk rakyat Palestin yang terjejas akibat pandemik Covid19 adalah fokus utama kami buat masa ini. Ditambah lagi dengan kedatangan musim sejuk yang pastinya lebih menyulitkan keadaan.
Alhamdulillah, dalam kepayahan ada kesenangan. Rakyat Malaysia sangat pemurah, terbukti. Apa-apa kempen infaq, waqaf dan sebagainya, berpusu-pusu yang mahu memberi. Walaupun kita juga sedang 'bergelut' berdepan kesulitan akibat pandemik ini,
Gerakerja tetap diteruskan walau apa cabarannya, bantuan mesti disalurkan semampunya, kepada Allah jua dipanjatkan pertolongan agar dipermudahkan jalan.
Teringat kalam murabbi, "Sifir memberi adalah sifir yang tidak terduga. Selepas memberi, bukan sekadar si pemberi menerima kembali pemberian, ada kalanya muncul bantuan tidak terduga asbab pemberian itu. Ia menjadi pendorong untuk terus memberi walau tidak dihargai jauh daripada menerima balasan kebaikan daripada si penerima."
Allahu al-Musta`an.
Assalamualaikum ustaz...semoga dipermudahkan urusan bantuan kemanusiaan sedara kita di sana.
ReplyDeletesemoga di permudahkan semuanya ustaz dalam urusan bantuan kemanusiaan ini
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteSemoga usaha2 murni ini sentiasa mendapat sokongan masyarakat kita
Assalam ustaz moga ustaz n famili tiasa sihat sejahtera
ReplyDeleten Allah permudahkan urusan ustaz menyalur bantuan kpd mrk yg memerlukan