Melihat statistik kes jangkitan covid-19 kebelakangan ini amat membimbangkan. Peningkatan yang mendadak sehari demi sehari bermula pasca PRN Sabah tempohari. Jumlah kes tiga angka setiap hari, dan hari ini pula sebanyak 871 kes telah dicatatkan.
Walaupun dilaporkan pertambahan kes ini daripada kluster penjara serta depoh tahanan asing, iaitu kes yang terkawal, namun kebimbangan terhadapnya tetap ada. Yalah, mendanya tak nampak dek mata. Kita berdoa moga situasi yang berlaku ini kembali seperti sediakala dan sentiasa terkawal.
Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita dan dunia seluruhnya, banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan. Amalan norma baru perlu dipraktikkan dan menjadi budaya. Banyak kerja yang dilakukan dalam ruamg lingkup yang terbatas.
Kami di Yayasan Amal Malaysia juga turut terjejas. Namun, kerja-kerja dakwah dan kebajikan tetap berjalan, walaupun tidak lagi sama seperti tujuh bulan lalu. Mujurlah sekarang ini banyak tugasan dilakukan melalui atas talian. Kalaulah keadaan ini berlaku sepuluh tahun, lima belast tahun dahulu, entahlah. Pasti sulit keadaannya.
Alhamdulillah, sekarang ini kami membri tumpuan kepada 5 program bantuan. Program bantuan tersebut ialah:
- Membina rumah asnaf (ibu tunggal yang menghidap kanser - tinggal di Kuantan)
- Waqaf sejuta al-Quran untuk benua Asia dan Afrika
- Aqiqah sepanjang tahun (Malaysia - perkampungan orang asal dan negara minoriti umat Islam & ditimpa musibah)
- Program Dapur Malaysia untuk Gaza (Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza)
- Bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria
Doakan semuanya sukses!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMudah2an covid yg melanda negara kita ni akan segera berakhir.Kehidupan kita sepanjang 7 bulan ni dah tak sama seperti dulu kan.Apapun semoga Allah permudahkan semua urusan kita sehari2.
Assalam ustaz moga sihat sejahtera sekeluarga n Allah lindugi kita dari bahaya penyakit bawaan covid 19
ReplyDelete