SOALAN :
Saya ada dengar kalau pergi ke rumah orang kita hanya boleh beri salam sebanyak tiga kali sahaja.
Soalan saya apakah haram kalau beri salam lebih dari tiga kali?
JAWAPAN :
Hukum memberi salam sebanyak tiga kali ketika ziarah ke rumah seseorang itu adalah sunat hukumnya. Jika tetamu itu memberi salam lebih dari tiga kali maka tidaklah haram hanya sunat yang sebanyaknya ialah tiga kali sahaja. Selepas tiga kali memberi salam tuan rumah masih tidak menjawabnya maka eloklah pulang dahulu dan datang semula pada waktu yang lain.
Tersebut pada kitab Al-‘Aziz :
وإذا قصد باب إنسان وهو مغلق، فالسنة أن يسلم، ثم يستأذن فيقول: السلام عليكم، أأدخل، فإن لم يجبه أحد، أعاد ذلك ثانياً وثالثاً، فإن لم يجبه أحد، انصرف
Artinya : “Dan apabila seorang hendak pergi ke rumah seseorang dan pintunya tertutup yakni tuannya tidak ada di luar maka yang sunnah ialah memberi salam kemudian meminta izin untuk masuk seperti dikatanya : Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk? Maka jika tuan rumah tidak menjawab hendaklah dia ulangi salam yang kedua dan ketiga. Maka jika tidak dijawab juga salamnya maka bolehlah dia pulang.” (Kitab Al-‘Aziz Syarah Al-Wajiz)
Ada pun jika sangat perlu berjumpa dengan tuan rumah atau seumpamanya maka tidak mengapa diteruskan memberi salam lebih dari tiga kali.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :
آدَابُ الاِسْتِئْذَان ِ: إِذَا اسْتَأْذَنَ عَلَى إِنْسَانٍ، فَتَحَقَّقَ أَنَّهُ لَمْ يَسْمَعِ الاِسْتِئْذَانَ، فَلَهُ أَنْ يُكَرِّرَ الاِسْتِئْذَانَ حَتَّى يَسْمَعَهُ. أَمَّا إِذَا اسْتَأْذَنَ عَلَيْهِ فَظَنَّ أَنَّهُ لَمْ يَسْمَعْ، فَقَدْ ذَهَبَ الْجُمْهُورُ إِلَى أَنَّ السُّنَّةَ أَلاَّ يُكَرِّرَ الاِسْتِئْذَانَ أَكْثَرَ مِنْ ثَلاَثِ مَرَّاتٍ. وَقَال مَالِك ٌ: لَهُ أَنْ يَزِيدَ عَلَى الثَّلاَثِ، حَتَّى يَتَحَقَّقَ سَمَاعَهُ
Artinya : “Adab-Adab meminta izin. Apabila seorang meminta izin untuk masuk ke rumah seseorang dan yakin ia tidak didengar oleh tuan rumah maka harus dia mengulangi meminta izin sampailah didengar. Ada pun jika berat sangkaannya tidak didengar maka jumhur ulamak berpendapat sunat tidak diulangi minta izin itu lebih dari tiga kali. Dan berkata Imam Malik dia boleh melebihkan dari tiga kali meminta izin sampailah yakin didengari
Assalam moga ustaz sihat sejahtera bersama keluarga..Alhamdulillah penerangan yang jelas, terima kasih.
ReplyDeleteSkrg ni ustaz, bila kita sampai kita call tuan rumah, sbb biasa pagar beekunci dan tuan rumah ddk kt dalam2 yg mgkn tak dengar w/p kita bagi salam, so kiranya masih beradab kan? Ke camane?
ReplyDeleteYa..
Delete