Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya kepada pengunjung 'pondok kecil' abuikhwan.
Dengan hamparan sepuluh jari saya memohon keampunan, andai ada hati yang terguris dek catatan yang sekadar adanya di laman Kembara Mencari Hamba ini.
Syawal adalah satu anugerah dan syariat untuk kita meraikannya. Justeru, raikanlah ia seadanya. Sebagaimana kita berpuasa mengikut syariat kerana ia adalah ibadah, maka sambutlah aidilfitri dengan mengikut syariat, kerana ia juga adalah ibadat.
"Ya Rabb,
Jika ada di antara hamba-hambaMu yang sedang sakit, sembuhkanlah ia.
Jika ada di antara hamba-hambaMu yang sedang berkeluh-kesah, tenteramkan hatinya.
Jika ada di antara hamba-hambaMu yang memiliki hajat, perkenankanlah ia.
Jika ada di antara hamba-hambaMu yang sedang berhutang, pemudahkanlah ia membayarnya.
Jika ada di antara hamba-hambaMu yang sedang bertelingkah, damaikanlah mereka.
Ya Rabb, angkatlah wabak yang melanda negara kami ini dengan kekuasaan-Mu. Semoga keadaan pulih seperti sediakala. Amiinn".
Akhir kalam, Eid Mubarak Minal Aidil Wal Faizin Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum, Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim. Kullu am wa antum bi Alf al-Khair...
Saudara kalian
Abuikhwan
#StayAtHome
#StaySafeStayHealth
#MalaysiaCovid19
Assalam moga ustaz sht sjhtra bersama fmili..Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat malam abu Ikhwan.
ReplyDeleteSelamat merayakan hari raya Idul Fitri untuk anda dan keluarga.
Salam dari Indonesia.
Salam syawal 1441H
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin