Tuesday 11 February 2020

Sentiasa ada..

Allah tidak pernah memalingkan wajah-Nya daripada kita, bahkan Allah sentiasa bersama dengan hamba yang bergantung harap kepada-Nya. Sememangnya kita disuruh berdoa dan meminta pertolongan kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT: 

"Sekiranya hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Aku, sesungguhnya Aku amat dekat." (al-Baqarah: 186) 

"Berdoalah kepada-Ku maka Aku akan perkenankan." (al-Mukmin: 60) 

Tetapi harus kita ingat, jangan diertikan bahawa pertolongan Allah itu selalu datang dalam bentuk yang sesuai dengan keinginan kita. Mungkin juga Allah memberi pertolongan tidak dalam bentuk yang kita ingini, bukan juga menurut masa yang kita tetapkan. 

Kesimpulannya, Allah menjadikan pertolongan-Nya kepada orang beriman hanya bila ada usaha daripada diri mereka sendiri. Allah tidak memberi pertolongan-Nya sebagai sesuatu yang dijatuhkan begitu saja dari langit.

3 comments:

  1. Dia sentiasa ada dengan kita cuma kita je yang sering lupa dan alpa... sentiasa bersyukur atas semua kurniaanya pada kita

    ReplyDelete
  2. Allahu. Dia sentiasa ada untuk kita T_T

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya

    ReplyDelete