Monday 8 April 2019

Genap 40 tahun dua nisan tegak berdiri

Kesedihanku tidaklah memberi apa-apa makna, kerana yang ayahanda perlukan hanyalah doa daripada penerus warismu. Saban ketika, tanpa alpa aku memanjatkan bahasa doa agar ia menjadi peneman ketika penantianmu di sana. Mudah-mudahan ketika dibangkitkan pada hari yang dijanjikan, ia menjadi penolakmu ke syurga Ilahi. Aku benar-benar memohon kepada-Nya. 

“Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka. Uzurkanlah kekurangan-kekurangan mereka. Limpahilah rahmat-Mu di dunia dan redha-Mu di akhirat. Engkaulah sebaik-baik pemberi kasih sayang. Ameen.” 



6 comments:

  1. amin... moga segala amalan nya diterima, semoga semua doa2 kita dpt membantu dia di sana nnti
    al-fatihah bt arwah

    ReplyDelete
  2. Doa dari anak yang soleh itu yg ibubapa kita perlukan. Saya pun dah takde ibu ayah...

    ReplyDelete
  3. Aamiin.
    Salah satu manfaat yang sampai ke sana ialah doa anak2 yang soleh/solehah.

    ReplyDelete
  4. Aamiin...doa yang baik-baik...isnyaAllah makbul...

    ReplyDelete