foto hiasan
Abu Bakar as-Shiddiq adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang telah dijamin akan masuk syurga. Abu Bakar al-Siddiq (أبو بكر الصديق) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634.
Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) kerana ibunya telah bernazar sekiranya mendapat anak lelaki akan dinamakan Abdul Kaabah. Tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar yang bermaksud ayah unta muda kerana masa mudanya suka memelihara anak-anak unta.
Nama lengkap Abu Bakar adalah Abdullah bin Usman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Tayyim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihir at-Tamimi. Bertemu nasabnya dengan nabi pada jurai keturunannya, Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai, dan ibu dari Abu Bakar adalah Ummu al-Khair Salma binti Shakhr bin Amir bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim yang bererti ayah dan ibunya sama-sama dari kabilah Bani Taim. Ayahnya yang bernama Usman atau lebih dikenali dengan nama Abi Qahafah.
Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan) kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah saw. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra` dan Mi`raj yang telah dialami oleh Rasulullah saw. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Saiyidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saiyidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakannya meninggal dunia secara biasa.
Sebelum kewafatannya, Saiyidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Umar al-Khatab sebagai khalifah yang baru. Saiyidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad saw. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Saiyidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah iaitu golongan murtad, yang tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai Saiyidina Abu Bakar bin Abi Qahafah as-Siddiq ra:
1. Dia adalah sahabat dan tetangga Nabi Muhammad saw sebelum turunnya Quran.
2. Dia adalah orang dewasa pertama dan yang pertama di luar keluarga Nabi Muhammad saw yang memeluk Islam.
3. Dia adalah orang keempat yang memeluk Islam secara keseluruhan (Setelah Khadijah rha – wanita pertama, Ali ra – anak pertama dan Zaid Bin Haritsah – budak pertama)
4. Dia adalah orang pertama yang membebaskan budak di jalan Allah.
5. Dia memiliki gelar ‘Siddiq’ dan ‘Atiq’ dari Nabi saw
6. Dari semua sahabat, Abu Bakar adalah yang paling dekat dan paling menyayangi Nabi. Dia menjadi pendamping Nabi dalam gua ketika hijrah dari Makkah ke Madinah.
7. Puterinya Aisyah rha, menikah dengan Nabi Muhammad saw
8. Tanah untuk Masjid Nabawi di Madinah (Yathrib) dibeli dengan wang dari Abu Bakar.
9. Ketika Abu Bakar memeluk Islam, beliau memiliki 40.000 dirham. Dia menghabiskan seluruh wang untuk Islam. Nabi menyatakan bahwa kekayaan Abu Bakar digunakan untuk Islam lebih dari kekayaan orang lain. Dalam perang Tabuk, Abu Bakar memberikan semua kekayaannya.
10. Nabi saw senang menunjuk Abu Bakar sebagai orang yang pertama bergelar “Amirul Hajj” dalam sejarah Islam.
11. Ketika Rasulullah saw sakit, baginda melantik Abu Bakar as-Siddiq imam solat.
12. Dalam pidato terakhirnya di Masjid Nabawi, Nabi memerintahkan agar semua pintu ke masjid harus ditutup kecuali pintu menuju ke rumah Abu Bakar.
13. Abu Bakar adalah khalifah pertama dalam sejarah Islam.
14. Dia adalah satu-satunya Khalifah dalam sejarah Islam yang mengembalikan kekayaannya ke perbendaharaan negara pada saat kematiannya yang ia perolehi ketika menjawat sebagai khalifah.
15. Nabi saw berkata: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku mahu mengambil seorang khalil (kekasih), aku akan mengambil Abu Bakar, tetapi beliau adalah saudaraku (dalam Islam). Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar.” (Hadis Abu Said ra)
16. Ketika Rasulullah saw berada di atas mimbar, baginda berkata: "Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia ataupun diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternya beliau memilih apa yang ada di sisi Allah." Selepas itu Abu Bakar menangis dan berkata: "Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku." Abu Said berkata: "Rasulullah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku." (Hadis Abu Said ra)
17. Saiyidina Abu Bakar mendapat kehormatan dimakamkan tepat di sebelah Nabi Muhammad saw di Madinah.
Mencuci minda kembali bila baca ini semua kan:)
ReplyDeleteBuat kakak kisah saidina Abu Bakar yg paling terkesan kisah di hati adalah kisah di gua dgn rasulullah. Bagaimana kasihnya saidina Abu Bakar kepada baginda rasulullah tak tertanding bila sanggup menahan bisa sakit sehingga menitik airmata ke pipi baginda tapi tetap tak mahu kejut baginda yg sedang lena. Bila baginda tersedar baru diberitahu dan bagaimana baginda rasulullah kemudian menggubat dengan airliur.
Kakak suka.. kakak suka (ikut rentak upin-ipin AI hihi...)