Tuesday, 24 February 2026

Pulang Dengan Jiwa Yang Tidak Lagi Sama

04 Ramadan 1447H

Alhamdulillah. Kaki ini akhirnya menjejak kembali bumi 'Malaya' yang bertuah. Menamatkan musafir ke tanah jiran serumpun. 

Bermula di Aceh Tamiang, kemudian pulang seketika melepas rindu pada keluarga, kemudian terbang kembali menyambung tugas di Aceh, tetapi lokasinya di Pidie Jaya pula. Ia bukan perjalanan yang dekat. Bukan juga perjalanan yang ringan. Ia jauh dari segi jarak, dan lebih jauh lagi dari segi rasa. 

'Sebuah rumah yang telah dibuang lumpur sekelilingnya, tetapi tatkala hujan ia digenangi air pula. Lihat paras lumpur pada dindingnya'

Aku sempat menyambut Ramadan beberapa hari di bumi Aceh. Berpuasa di tanah yang baru saja diuji. Berbuka dengan wajah-wajah yang masih menyimpan luka. Ada perbedaan budaya yang aku raikan iaitu cara mereka menyambut Ramadan, berterawih dan sebagainya. Namun di sebalik semua perbezaan itu, satu perkara terasa sama: iman yang bertahan walau dunia runtuh seketika. 

Ramadan di sana mengajarku sesuatu, bahawa lapar itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi memahami perut-perut yang kosong bukan kerana pilihan, tetapi kerana keadaan. 

'Seorang bocah dihadapan rumahnya. Perhatikan lumpur yang hampir mencecah bumbung dan sudah pun mengeras'

Berbagai pengalaman terpahat di hati. Bau lumpur yang masih teringat, suara kanak-kanak yang tetap ketawa walau rumahnya hilang, wajah-wajah tua yang tidak pernah berhenti mengucap “Alhamdulillah”. Semua itu tidak akan hilang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada aku.

9 comments:

  1. Allah hu akbar..semoga masyarakat terkesan di Aceh dapat bersabar. Lama tak ada entri ..apapun difahami..

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah kita menetap di bumi Malaysia yang istimewa ini

    ReplyDelete
  3. Sehingga hari ni, kalau tengok kesan banjir, memang sedih..lumpur masih banyak..semoga mereka semua terus tabah..Allahuakbar...

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali. Alhamdulillah banyak ibrah dapat daripada pengalaman di Acheh.

    ReplyDelete
  5. Welcome home Ustaz. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.. mudah-mudahan Allah SWT balas kebaikan Ustaz & team sukarelawan dgn sebaiknya

    ReplyDelete
  6. salam Ramadan ustaz moga tiasa afiat beribadah di bulan mulia sedih baca n3 ustaz ..warga Aceh sejak berzaman sangat tabah hadap pelbagai rintangan hidup

    ReplyDelete
  7. Salam ramadan ustaz. Kasihan pada penduduk acheh yg diuji..

    ReplyDelete
  8. Terharu saya ustad 😭😭. Rakyat Aceh memang istimewa. Sedari dulu lagi. Banyak diuji, tapi iman mereka kuat dalam menghadapi cobaan 😭😭. 20 tahun saya tinggal di Aceh, memang tak bisa lupa momen2 selama di sana. Trutama saat ramadhan. Beda sekali dengan suasana di Medan dan Jakarta

    ReplyDelete
  9. berat mata memandang...berat lg bahu yg memikul..kesian sgt dgn mrk yg diuji...Allahumma yassir

    ReplyDelete