![]() |
| 'foto hiasan ~ sumber FB' |
Dalam hidup ini, kita memang tidak pernah sunyi daripada kesibukan. Hari-hari kita dikejar masa, ditarik tanggungjawab, dipikul amanah.
Namun, sibuk itu bukan alasan untuk kosong jiwa. Sibuk kita biarlah bererti. Sibuk kita biarlah membawa pahala. Sibuk kita biarlah mendekatkan diri kepada-Nya.
Kerana apa guna sibuk yang hanya menambah resah, jika tidak menambah dekat dengan Allah?
Biarlah tangan penat bekerja, asalkan hati tetap ingat kepada Pencipta. Biarlah langkah kita jauh mencari rezeki, asalkan arah tetap menuju redha Ilahi.
Sibuk itu indah.. jika setiap lelah ditukar menjadi ibadah.

biarlah sibuk yg 'menghasilkan' pahala drpd sibuk yg menjauhkan diri drpd rahmat-Nya
ReplyDeletebenar.. peringatan untuk diri saya
DeleteSemoga kita termasuk dlm golongan yg disibukkan dgn kebajikan, bukan sebaliknya.
ReplyDeleteaminn..amin..ya Rabb
DeleteSetuju sekali dengan ustaz, tiap kerja yang dibuat tu adalah amal yang baik..niatkan kerana Allah..
ReplyDeleteKalau sibuk fikiran rasa berkecamuk.
ReplyDeleteApapun kena ingat banyak pada Allah.
kerja pun ibadah! dan kena selalu bersyukur sbb masih ada keje sbg asbab rezeki..alhamdulillah (tazkirah utk diri saya sendiri sbb kdg2 ter alpa)
ReplyDeleteterima kasih MZ peringatan yang bermanfaat untuk semua..
Delete