![]() |
| '6.30 petang tercongok di KLIA. Teringat peristiwa ketinggalan pesawat ketika mahu berprogram di Kota Belud suatu ketika dahulu' |
Malam itu, jam di tangan menunjukkan hampir pukul lapan. Kami bersiap sedia menanti panggilan masuk ke perut pesawat yang akan membawa kami terbang ke Tanah Borneo. Perjalanan kali ini bukan sekadar sebuah kembara biasa, tetapi sebuah ziarah yang sarat dengan misi dan amanah, menuju Tadika Amal Kunak, Tawau.
Tadika Amal ini bukanlah tadika biasa yang beroperasi dengan yuran bulanan atau bergantung kepada keuntungan. Ia lahir daripada rasa prihatin dan kasih, dibangunkan oleh Yayasan Amal Malaysia untuk membuka ruang pendidikan kepada anak-anak kecil di pedalaman. Mereka yang kebanyakan tidak punya peluang mengakses pendidikan formal, kini diberi sinar baru.
![]() |
| 'Di antara sahabat baik Ustaz Din Amal' |
Di Tadika Amal, anak-anak asnaf, fakir miskin dan mualaf, khususnya di pelosok Sabah dan Sarawak, datang belajar tanpa bayaran. Percuma sepenuhnya, kerana pendidikan itu bukanlah hak istimewa, tetapi hak setiap insan kecil yang ingin mengenal huruf, angka, dan kehidupan.
Namun, di sebalik percuma itu, terselit pengorbanan yang besar. Program ini bernafas kerana adanya dermawan yang tidak jemu memberi, orang ramai yang sudi berkongsi, serta sukarelawan yang ikhlas menyumbang tenaga dan masa. Mereka inilah denyut nadi Tadika Amal, menggerakkan roda dakwah dan pendidikan di tanah yang luas ini.
Kini, sembilan buah Tadika Amal telah berdiri di bumi Sabah, satu di Sarawak, dan insyaAllah akan terus diperluas ke daerah-daerah lain. Dan di antara semua itu, kami di negeri Pahang telah diamanahkan untuk mengurus Tadika Amal Kunak, Tawau. Sebuah tanggungjawab yang berat, namun disambut dengan hati yang penuh doa dan harapan.
![]() |
| 'Bismillahi tawakkalna `alallah..' |
Maka bermulalah perjalanan malam itu, dengan pesawat yang bakal membawa kami bukan sekadar merentas laut dan awan, tetapi juga merentas sebuah misi kemanusiaan.
bersambung part 2..



MMisi ke Tawau Sabah..teruja nak tahu apa seterusnya , jelajah tuan ustaz di Tawau..hebatnya..alhmdulillah, petang kemarin di KK saya mendongka ada kapal terbang mendarat hehehe..rupanya juga ustaz ke Sabah ya..hotel kami menginap dekat lapangan terbang ..setiap beberapa jam ada Kapal terbang naik ke udara ..
ReplyDeletebetul, saya nampak cikgu dan saya jerit dan lambai dari tingkap pesawat hehehe.. gurau je
DeleteSalam ziarah Ustaz.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
aminn ya Rabb
Deletesukarnya NGO mcm ni nak mengumpul dana menguruskan tadika2 tersebut. Semoga dipermudahkan..
ReplyDeletedoakan kami sentiasa kuat dan tak putus semangat
DeleteSemoga mendapat ganjaran yang lebih besar di Sana nanti.
ReplyDeleteaminn ya Rabb, doakan kami sentiasa kuat dan tak putus semangat
Deleteassalam ustaz moga afiat sjhtra selamat perjalanan misi menabur bakti di tawau pula
ReplyDeleteAlhamdulillah, berjalan atas taqdir Ilahi
Deletelama tak singgah sini, follow back untuk new link saya yea https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih
ReplyDeleteKembara mengejar keberkatan-Nya
ReplyDeleteSemoga usaha dakwah dan amal kebajikan tuan-tuan sekalian dipermudahkanNya 🤲🏻
ReplyDeleteAminn ya Rabb
Deletewahhh ada sembilan buah tadika! banyak juga tu...
ReplyDeletemudah-mudahan segala urusan di sana dipermudahkan-Nya...
aminnnn
Aminn ya Rab.. terima kasih atas doanya
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMisi kemanusiaan penuh keikhlasan, Semoga mendapat ganjaran daripada-Nya. Amin.